BAB 10

Family Completed 4532

“err..erk..Saya..saya..adik dia, Awen.." jawapku tergagap – gagap.
Dan seketika aku mendengar suara membisik. Dan kurang jelas. Ada juga aku mendengar namaku disebut dan lepas itu suara Kak Ima menyapa.

“Awen..apahal kol akak nih? Tak tahu orang nak tidur ke??" Kak Ima seperti mengamuk. Aku seperti dipersalahkan kerana menganggu kerjanya yang sedang ‘melayan’ seseorang.

“Siapa yang jawap kol tadi tu akak? Kenapa dia kata akak tengah layan dia tadi? Akak sedang buat apa?"

“Kau kecik lagi. Tak tahu aper.. Dah..Dah..Straight to the point. Apa kau nak?"

“Abah dan Awen esok nak turun Bandar esok. Nak jumpa akak dan Kak Ila. Tadi Awen kol Kak Ila, tp tak angkat. Akak free tak besok?" Aku cuba menerangkan keadaan sebenar walaupun dihatiku terasa amat gusar apabila aku dapat menangkap suara erangan dari lelaki tadi.

“Laa…tak tahu ke yang akak ni sentiasa sibuk? Akak mana ada masa nak layan abah nanti? Kerja kat pejabat banyak yang menanti, ni nak tambah dengan kehadiran abah pulak?" Kak Ima merungut.

“Kak..abah rindu sangat dengan korang berdua. Takkan akak tak rindu kat abah pun? Biarpun akak dah berjaya sekarang jangan lupa dengan asal usul akak dahulu..Kalau tak kerana abah, Kak Ima takkan kecapi apa yang Kak Ima lalui sekarang ni.."

“Yelah..Yelah..Nak datang, datang ajerlah.. Tapi akak tak janji akak ada masa ke tak besok.." Klik..

Bagaimanalah aku hendak menerangkan keadaan kepada abah. Aku tak mahu abah kecewa.. Maafkan Awen, bah…

Keesokkan harinya, aku dan abah sudah bersedia untuk ke Bandar. Abah nampak riang sekali. Tak putus-putus abah mengusikku. Kata abah, muka aku macam Nora Danish..nanti kalau dah sampai kat Bandar mesti ada lelaki yang ikut aku balik rumah. Abah..abah..dah lama aku tak dengar abah begurau macam tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience