BAB 3

Family Completed 4532

Ketika aku menyentuh bahu abah tadi, abah tiba2 jatuh dipangkuanku. Abah pengsan dalam tangisan apabila aku masih melihat titisan airmatanya yang tidak diseka. Abah tak pernah pun mengadu sakit dan aku tak pernah melihat abah dalam keadaan begini. Hatiku diruntun sayu dan seribu penyesalan. Abah…

1 jam berlalu..Aku belum lagi mendapat apa2 perkembangan dari doctor yang merawat abah. Ya Tuhanku..kau selamatkanlah abahku dari malapetaka. Aku berjanji jika abah kembali sihat, aku akan menjadi anak yang berguna untuknya. Akan aku taati perintah abah.. Kau selamatkanlah dia Tuhanku…

Tiba2 lampu merah padam. Dan Doktor Ravi keluar dari bilik pembedahan. Segera aku menerpa kearah doctor.

“Keadaan pesakit kritikal. Dia diserang stroke.."
Bagaikan halilintar kata-kata dari doctor sebentar tadi. Tak mungkin. Mungkin doctor silap.

“Tapi..dia tak pernah pun mengadu sakit doctor. Saya tak pernah lihat abah makan ubat atau apa2pun…" kataku kepada Doctor Ravi. Aku lihat Doctor Ravi angkat kening.

“Ok..lets me explain to you more detail. Sebenarnya ayah awak sudah lama berubat dengan saya. Dan selama ini dia menghidap penyakit darah tinggi yang kronik dimana jika tidak mendapatkan rawatan ia akn memudaratkan pesakit. Saya harap awak bertenang. Sentiasa berada disisinya. Berikan sokongan kepadanya selagi ada hayatnya. Buat masa ini, keadaan ayah awak memang kritikal dan keadaannya akan menjadi semakin lemah dan lemah… Hanya kita boleh mengharapkan keajaiban berlaku kepada ayah awak.." panjang lebar Doktor Ravi menerangkan keadaan abah.

Aku seperti berada diatas angin. Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku sekiranya abah tiada… Oh Tuhan..sekali lagi aku memohon janganlah kau ambil nyawa abah..kau sembuhkanlah dia…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience