BAB 5

Family Completed 4532

“Setakat ini saya hanya boleh mengatakan aya awak sudah melepasi tahap kritikal. Dan saya tidak menjaminkan kesembuhan beliau 100%. Ini adalah keajaiban."

“Syukurlah doctor… Yang penting sekarang abah dah sedar." Kataku dalam tangisan. Aku benar2 bersyukur.. nampaknya doaku dimakbulkan Tuhan. Terima kasih Tuhanku…

Aku berlari mendapatkan abah. Aku lihat sudah tiada wayar2 yang melekat diseluruh tubuh abah. Aku lihat abah senyum padaku dan aku terus memeluk abah. Sekali lagi airmataku tumpah. Aku menangis semahu-mahunya ditubuh abah.

“Awen..kenapa ni..? abah tak mati lagilah.." Abah masih ingin bergurau. Padahal abah tak tahu keadaan aku semalam bagaikan sudah ingin turut mati sekali dengan abah…

“Abah jahat..kenapa abah sakit tak pernah kasitahu pada Awen?" aku mengongoi seperti budak umur 5 tahun.

“Abah taknak Awen risau. Awen kan nak exam. Sekarang abah dah sembuh kan.."

“ Abah..Awen janji Awen akan jaga abah. Awen akan jaga makan minum abah. Awen janji, Awen tak akan tinggalkan abah. Abah satunya harta paling bernilai buat Awen. Awen akan tunaikan tanggungjawab Awen kepada Abah.. Awen janji, bah…." Aku tersedu-sedu menuturkan segala janjiku kepada abah. Biarlahku hamburkan segala janjiku agar abah punya semangat untuk kembali sihat.

“Betul Awen nak jadi budak baik?"

Aku angguk.

“Janji takkan merajuk dengan abah lagi?"

Aku angguk. Berkali-kali aku mengangguk. Abah senyum. Abah seperti tidak sakit. Pandai betul abah menyembunyikan segala rasa dihatinya.

“Kakak kamu mana? Kenapa dorang tak datang?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience