BAB 9

Family Completed 4532

“Kenapa abah kenang kisah lama? Awen kan ada.." aku agak berkecil hati. Walaupun aku berada dekat dengan abah, namun abah masih tidak berhenti dari memikirkan kedua kakakku yang tidak mengenang budi itu.

“Abah tahu..Tapi mereka juga anak abah. Abah rindukan mereka..Kenapa mereka lama tak jenguk abah? Mereka tak rindukan abah ke?" kata-kata abah meruntun tangkai hatiku. Ya, aku tahu abah sangat rindukan kedua kakakku. Namun..apa yang boleh aku buat?..

“Abah nak Awen buat apa bah..? Awen akan penuhi permintaan abah.."

“Abah nak, esok kita ke Bandar jenguk kakak kamu. Sebelum abah menutup mata abah nak berjumpa dengan mereka dulu.."

Menutup mata??!!

“Kenapa abah kata begitu?"

“ Dah la..esok kita ke Bandar ya, nak.." Abah memujukku..
Aku mengangguk. Tanda faham. Dan aku terus membawa abah beredar dari taman.

Sesudah aku menjalankan tanggungjawap aku pada abah, aku mencapai telefon bimbitku. Aku ingin memaklumkan niat abah kepada kakakku. Aku harap kakakku itu menerima baik cadangan abah. Aku tak mahu abah tersinggung lagi. Aku ingin abah gembira.

Aku mendail nombor Kak Ila. Lama..tak berangkat dan akhirnya talian terputus sendiri. Agaknya Kak Ila benar-benar sibuk atau Kak Ila sengaja tidak mahu menjawap call dari aku.

Aku mendail pula nombor Kak Ima. Tak lama kemudian panggilan aku dijawap oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali.

“Hello.."sapa suara dihujung talian.

“Hello..Kak Ima ada?"

“Ima sibuk layan I. U siapa?" Layan??!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience