BAB 13

Family Completed 4532

Atau..
Abah inginkan mereka berdua yang menjaganya…
Atau..
Aku bukan anak pilihannya??

Abah..kenapa buat Awen macam ni. Awen bukannya nak apa-apa pun dari abah. Awen Cuma nak jaga abah sehingga diakhir nyawa abah. Biarlah Awen menyendiri sampai ke tua asalkan Awen sudah penuhi tanggungjawap Awen pada Abah. Aku merintih dalam hati. Airmataku perlahan2 menitis.

“kenapa Awen diam?" abah menegurku.

“Kan Awen tengah memandu ni, bah.."

“Abah tahu, Awen kecil hatikan td dengar Kak Ila kamu tu? Dah la,jangan merajuk lagi..Apa-apa pun Awen tetap anak abah yang paling comel…"

“Tapi..Awen tak sepandai Kak Ila dan Kak Ima kan, bah... sebab tu Abah tak menangkan Awen tadi kan…" Aku memprotes. Aku luahkan isi hatiku pada abah.

“Awen tetap anak abah. Biarpun Awen tak pandai, Awen tetap buah hati abah. Hanya Awen anak abah yang sanggup abadikan hidupnya untuk abah yang dah tua ni. Esok harijadi Awen kan.. Esok kita sambut sama-sama. Awen masak sedap2. nanti kita boleh jemput org kampong makan ramai-ramai.."
Aku tersendu. Jauh sungguh fikiranku menyimpang. Berdosanya aku pada abah..

“Tak payahlah bah..Cukuplah abah berada disisi Awen selalu.."

“Abah nak gembirakan hati anak abah nii..Abah hanya boleh berikan kenangan terindah buat Awen..agar nanti bila abah dah tak ada Awen boleh kenang saat manis ketika abah masih ada…."

“Abah nii…" Aku memuncungkan mulut.

Abah senyum. Dan selepas itu abah tidak berkata-kata lagi. Aku teruskan dengan pemanduan sehinggalah sampai dirumah. Aku memarkirkan keretaku di garaj. Aku membuka pintu rumah dahulu agar senang bagiku nanti mengangkat abah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience