BAB 14

Family Completed 4532

Abah pula tidak memanggilku seperti biasa. Selalunya abah tidak betah duduk lama dalam kereta. Rimas katanya. Tapi kenapa hari ini abah nampak lain. Segera aku mengatur langkahku menuju kereta.

Ketika aku membuka pintu kereta, abah sudah terjelepok jatuh.

Abah pengsan!!! Aku memanggil abah berulang-ulang. Aku gerakkan badan abah. Aku goncangkan tubuh abah agar abah sedar.

“Abah..jangan la main2 ngan Awen macam ni, bah… Abah sedarlah bah…Abah,abah sakit ke..biar Awen picitkan kepala abah yee..Abah lapar tak, Awen masakkan untuk abah yee..tapi janganlah abah tinggalkan Awen..Abahh…"

Aku terus-terusan merintih. Namun tak sekalipun abah sedar. Sehinggalah orang kampong datang menenangkan aku. mereka kata abah dah tiada. Tiada denyutan nadi pergelangan tangannya. Dan saat itu juga aku terjelepok jatuh. Abah dah pergi…

“Sampai hati abah tinggalkan Awen..Baru tadi abah kata Awen buah hati abah. Abah nak sambut harijadi Awen. Abah tak tunaikan janji abah..Awen belum puas untuk jaga Abah..Awen pernah janji bah, Awen nak jaga abah..tapi kenapa abah pergi dulu..Awen sayang abah..Abah…baliklah bah..Awen tak rela… Abahhh…" Emosiku menjadi tidak menentu. Aku bagaikan orang yang hilang akal. Aku tidak redha dengan pemergian abah..

“Tak payahlah kita sambut harijadi Awen bah..asalkan abah balik semula kepangkuan Awen.. Awen nak abah…Abah…." Aku terus-terusan merintih. Sehinggalah disaat abah dikebumikan aku masih tidak dapat mengawal emosiku.

Dan kedua-dua kakakku menyalahkan aku diatas pemergian abah. Mereka kata aku tak pandai jaga abah..Abah terseksa. Dan mungkin juga rasa hormatku sudah tiada maka aku menampar mereka agar mereka sedar..

“PAP!! PAP!!" kedua-dua tanganku bertindak menampar 2 makhluk yang berada didepanku.

“ Akak tahu tak..sepanjang abah terlantar sakit hanya nama kakak berdua yg disebut-sebut oleh abah. Abah menanggung rindu dalam kesakitan.Tak sekalipun kakak datang sini jenguk abah, biar sekejap pun.. Kakak mengejar harta dunia sedangkan abah yang membesarkan korang berdua dengan penuh kasih sayang korang lupakan.. Abah dah tiada pun akak masih tidak mahu mengaku kebodohan sendiri??!!" Aku meluahkan isi hatiku. Tak sedikitpun kata-kataku tadi dibalas oleh mereka…

Kini sudah 6 tahun abah pergi. Dan aku masih disini. Mencurah bakti ditanah sendiri. Abah meninggalkan aku sebidang tanah yang luas. Abah ingin aku berbakti pada tanah. Kata abah, kalau kita berbakti kepada tanah,hasilnya lumayan. Dan abah inginkan aku menjadi petani moden.

Mulanya aku tak mahu, aku tak ingin diliha seperti menangguk di air keruh menumpang harta yang abah berikan. Namun berkat usaha dan tabah menepis tohmahan dan cakap sumbang orang kampung.

Ya..aku sudah pun menjadi seperti yang abah inginkan. Aku berjaya walaupun tanpa abah. Tetapi aku pasti, jika abah masih hidup pasti aku akan lebih berjaya.

Walaupun kritikannya sentiasa keras, tapi dia adalah pemacu semanga ku untuk mencuba dan terus push the limit.

Aku sangat merindui abah, doaku tak pernah putus-putus ku kirim, semoga abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Namun, seandainya abah ada aku ingin bertanyakan satu soalan keramat ini kepadanya, abah banggakah dengan pencapaian anakmu ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience