BAB 4

Family Completed 4532

Aku menghampiri katil abah. Banyak wayar2 yang melekat diseluruh badan abah. Di kedua2 lengannya dicucuk jarum. Satu untuk memasukkan darah dan satu lagi untuk air.

Hancur luluh hatiku melihatkan keadaan abah sebegitu. Kenapa abah harus terseksa begini. Tidak cukupkah penderitaan yang selama ini abah tempuhi?? Kenapa berat sangat seksaan untuk abah..

Aku menangis sepuas2nya disisi katil abah. Seribu penyesalan berebut2 menghantui tangkai jantungku kini.

Aku menyesal kerana melawan kata-kata abah.
Aku sering meninggikan suaraku kepada abah jika keinginan ku tidak dipenuhi oleh abah.

Aku kecewa kerana aku belum menunaikan tanggungjawap sebagai anak kepada abah. Abah inginkan aku berjaya. Abah tidak mahu aku hanyut dengan dunia remaja yang tiada hala tuju.

Ahh..aku memang anak yang degil. Aku masih ingat, kerana terlalu marahkan abah aku sanggup tidak memasakkannya sebarang juadah. Aku tidak pedulikan makan minum abah.

Betapa derhakanya aku kepada abah. Aku tidak pernah pedulikan perasaan abah. Aku tak pernah mengambil kira walau sekumit pun kata-kata abah.

Aku anggap abah suka berleter. Aku kira abah sudah bencikan aku. Ternyata aku benar2 silap.. Abah..maafkan Awen….

“Awennn…" begitu lemah dipendengaran.
Mataku terpisat2. lantas aku buka mataku luas2. aku seakan tidak percaya. Abah yang terbaring lesu malam tadi sudah terjaga dari lenanya. Abah dah sedar..

“Abah..abah dah sedar? Kejap ya bah, Awen pergi panggilkan doctor kejap. Abah tunggu tau, jangan tidur lagi ya bah…" aku lihat abah mengukir senyuman tipis. Setitik airmatanya mengalir. Lantas aku terus memanggil Doktor Ravi untuk memeriksa abah. Aku diarahkan untuk berada diluar sebentar. Aku menunggu dalam gelisah. Minta-minta abah sudah sembuh. Beberapa minit kemudian Doktor Ravi keluar. Dia tersenyum padaku.

“Doktor, ayah saya bagaimana? Dia dah sihatkan doctor?" aku terus menerpa Doktor Ravi dengan soalan2ku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience