BAB 1

Family Completed 4532

Syurga selalu signifikan dengan Ibu, ‘Syurga di bawah telapak kaki ibu’. Ya benar, semua tahu betapa tingginya darjat ibu yang Allahh janjikan. Orang tua Tetapi bagi aku, syurgaku adalah dari kasih abah. Kasih abah yang abadi, dan tiada tolak gantinya.

Dahulu, akulah anak kesayangan abah. Namun selepas kedua kakakku mengecapi kejayaan abah seakan-akan menidakkan kehadiran aku. aku sering dibandingkan dengan kakakku. Kata abah, aku tak secerdik Kak Ila. Kak Ila pandai..itu..ini..

Semuanya telah berubah. Sama sekali sudah berubah. Aku bukan lagi anak kesayangan abah…

“ Ini je yang kau mampu dapat? Nak makan apa dengan keputusan macam ni? sergah abah ketika abah melihat keputusan SPM aku.

“ oklah tu bah.. 5 credit, boleh masuk U pun.. kalau tak pun boleh apply kerja gomen.’’

“ kau apply jadi cleaner pun tak lepas ni."
Aku tergamam. Sampai hati abah…

“cuba kau lihat keputusan kakak2 kau dulu. Straight A.. engkau? Apa dapat?" abah menyergah aku lagi.
Airmata aku menitis perlahan. Cepat2 aku lap.

“ abah jahat! Abah tak sayang Awen lagi!!" aku meninggikan suaraku pada abah..
PAP!! Satu tamparan hinggap di pipi kanan ku. Terketar2 jari abah. Aku mengelap kesan darah yang mengalir dihidungku. Perasaan benciku semakin meluap2.

“ Awen benci abah! Awen benciiiii!" aku lantas mengambil beg sandang Body Glove yang dihadiahkan oleh abah sempena harijadi aku tahun lepas.

“ Awen..Awen.." sayup2 kedengaran suara abah memanggil aku. Namun atas dasar ego aku terus berlari dan ingin melepaskan segala masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience