BAB 12

Family Completed 4532

Selesai aku mengambil makanan dan membayar di kaunter, aku lihat Kak Ila dan Kak Ima sudah sampai. Mereka duduk menghadap abah.

“Dah lama sampai kak?" aku sekadar berbasa basi. Meluat.

“Baru je sampai. Awen dan abah dah lama tunggu ke?" tanya Kak Ila.

“OO..Awen dah abah pun baru sampai. Pukul 10 tadi dah sampai sini. Agak-agaknya sekarang pukul berapa ekk.." Kak Ila menjelingku dengan mata yang amat tajam. Aku langsung tidak mempedulikan amarannya itu.

“Anak abah berdua ni sihat tak? Kenapa lama tak jenguk abah nak..?" Abah menyusun kata.

“ Ila sibuk bah.. Bisnes Ila baru nak berkembang. Kalau Ila tak ada siapa nak jaga hal pejabat?" Kak Ila sudah memberikan alasan yang sangat bernas. Dan Abah mengangguk sambil tersenyum…

“Ima pun sibuk,bah.. Projek baru banyak masuk. Ima seorang yang handle."

“Kesian anak abah..kesihatan mesti terus dijaga. Jangan ingat kerja aje.. Tak sia-sia abah besarkan kamu berdua dulu.." Aku terkesima. Aku berpaling pada abah. Dan abah menepuk-nepuk tangan aku. Aku faham.

“A..ah.. bah, tak macam orang tu..SPM pun tak kemana, duduk je goyang kaki kat rumah.." Lantang sungguh kata2 Kak Ila. Aku berkecil hati. Abah tak pujuk aku pun.. Lantas aku hanya berdiam diri sepanjang mereka berbual-bual. Aku seperti tiada mood lagi menghadap muka kakakku yang hipokrit itu. Depan abah bukan main mereka taking care. Sedangkan selama ini, tak pernah sekali pun mereka bertanya tentang abah.

“Abah..Ila dah nak balik ni. Lagipun dah lama Ila keluar.."

“Ima pun begitu, Bah.."

Ketika didalam kereta, aku hanya berdiam diri. Abah pun. Aku masih berkecil hati dengan kata-kata kakakku td. Dan mungkin juga aku terasa hati kerana abah tidak memenangkan aku didepan kakakku yang hipokrit itu.

Aku masih belum boleh memuaskan hati abah ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience