BAB 11

Romance Completed 120774

LANGAKH kaki ku halakan ke dapur dan tanganku ligat mencari cara membuat sushi di telefon bimbit. Setelah hampir satu jam aku berhempas-pulas di dapur, sushi yang ku idamkan sedia untuk dimakan.

Aku membuka mata apabila terasa badanku digoncang hebat. Terpisat-pisat aku memandang Ashman yang sudah lengkap berseragam juruterbang.

“Kenapa kau tidur kat sini? Dapur ni bersepah sangat kenapa?” soalnya bertubi-tubi.

Aku melihat keadaan dapur. Takde lah bersepah mana pun. Cuma sinki je yang penuh dengan periuk dan pinggan sebab aku tak basuh lagi lepas buat sushi semalam. Sebab letih sangat boleh pulak aku tertidur dekat meja makan.

“Nanti saya kemas. Awak dah nak pergi kerja?”

“Kenapalah kau ni bodoh sangat? Dah aku pakai macam ni mesti lah pergi kerja.” balasnya.

Jantungku terasa bagai direntap. Pedih dan memilukan. Ashman membuatkan aku terasa sangat kerdil. Aku bangun dan menuju ke bilikku di tingkat atas. Tak ingin aku terus-terusan mendengar kata-katanya yang berbisa. Lagi lama aku di situ, lagi parah jiwaku. Tambah-tambah lagi emosiku sangat tidak stabil sejak berbadan dua. Ashman pula langsung tidak ada tanda-tanda untuk menjaga hatiku.

“Kau jangan nak pengsan pulak bila aku takde. Jangan nak menyusahkan aku!” Laungnya dari dapur. Serta-merta air mataku mengalir laju. Aku sedar kehadiranku dalam hidupnya hanya menyusahkan.

......................................

Aroma tom yam yang menusuk hidung membawaku kembali ke alam nyata.

“Nah... Tom yam ni mak buatkan special untuk bakal cucu mak.” Emak meletakkan semangkuk bihun tom yam yang masih berasap di hadapanku.

Aku memandang wajah emak.

“Untuk cucu mak? Bukan untuk anak mak?” tanyaku dengan nada berjauh hati. Melihat emak mengangguk, terus mati seleraku. Aku menolak mangkuk tom yam itu ke tepi. Adakah emak pun dah tak sayangkan aku? Air mataku mengalir setitis demi setitis. Semakin lama semakin laju.

“Kenapa ni Zaza? La... janganlah ambil hati. Untuk cucu mak tu maksudnya untuk anak mak jugaklah,” pujuk emak sambil mengusap bahuku.

“Jangan lah macam ni sayang. Zaza nak ke nanti anak Zaza lahir muka dia macam ni...”

Aku memandang wajah emak yang sedang memasamkan wajahnya. Hatiku rasa tercuit. Pantas aku menggeleng laju. Ibu mana yang mahu anaknya berwajah masam apabila dilahirkan.

“Ha... Macam tu lah anak mak. Dah jangan sedih-sedih, makan ni.” pujuk mak.

Emak menyuakan sesudu tom yam ke mulutku. Tanpa berfikir panjang terus aku membuka mulut. Masakan emak memang tip to the top!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience