BAB 10

Romance Completed 120772

AKU mengusap perutku yang masih kempis. Semua yang berlaku bukan kerana cinta tapi hanya kerana dia rasa tercabar. Aku tak mahu anak ini merasakan kehadirannya tidak dialu-alukan di dunia ini. Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati Ashman untuk terima anak ini walaupun dia tidak terima aku dalam hidupnya sebagai isteri.Kasihankanlah anak kecil yang tidak berdosa ini...

“Walau apa pun yang akan berlaku lepas ni, mama akan lindungi baby dengan nyawa mama,” bisikku perlahan.

Umi dan emak meluru masuk dan memelukku erat. sudah tentu mereka berdua gembira dengan perkhabaran ini. Tapi hal sebenarnya hanya aku yang tanggung seorang diri.

“Tahniah Zaza! Tak sabarnya umi nak dukung cucu!” Ujar umi dengan nada teruja. Aku hanya tersenyum kelat.

“Mana mak dengan umi tahu? Zaza tak cakap pape lagi pun.” Aku memandang wajah mak dan umi yang tersenyum lebar. Aku rasa mak dan umilah manusia yang paling gembira saat ini.

“Ashman yang bagitau. Dia ada kat depan tu tadi.” jawab mak.

“Lepas ni kalau Ashman ada flight, Zaza datang tidur rumah mak. Boleh lah mak tengok-tengokkan Zaza,” usul emak. Aku tahu cadangan emak tu sebenarnya satu arahan. Tak boleh dibantah.

“Elok jugak tu. Takdelah mak dengan umi risau sangat nanti,” kata umi bersetuju dengan cadangan emak. Aku hanya menurut kerana aku tahu aku tak boleh nak harapkan Ashman untuk menjaga aku.

........................................

AKU melihat emak yang sedang ligat berperang di dapur. Selepas Harriz berangkat pergi kerja, terus aku memandu ke rumah emak. Hanya emak dan umilah tempat aku bermanja sekarang. Kalau dekat rumah emak atau rumah umi, mesti aku akan dilayan bagai seorang puteri.

Satu kerja apa pun mereka tak bagi aku buat. Kalau di rumah, semuanya aku kena buat sendiri. Ashman langsung tak hiraukan aku. Biar pun dah dalam keadaan mengandung, dia seperti tidak ada perasaan apa-apa. Kasihan pun tidak.

“Saya teringin nak makan sushi,” beritahuku pada Ashman yang sedang menenyeh mata.

“Pergi lah makan. Kenapa bagitau aku?” katanya blur.

“Kan dah malam. Awak tolong lah belikan.” balasku masih dalam keadaan sabar.

“Jangan harap!” katanya kasar.

Pintu biliknya ditutup kasar. Aku terkesima. Kalau suami orang lain mesti sanggup keluar tengah-tengah malam demi memenuhi keinginan isteri yang mengidam. Tapi aku? Air mata yang hampir mengalir aku kesat. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat demi anakku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience