BAB 8

Romance Completed 120774

Rimas dengan tumbukan bertalu-tau di dadanya, dia memegang kejap kedua-dua tanganku.

“Ceraikan kau? Dan sakitkan hati umi aku? Memang tak lah! Aku ni walaupun aku jahat dengan kau, tapi aku sedar syurga aku kat bawah kaki umi.

Kau tu, syurga kau kat bawah tapak kaki aku. Hormat sikit!” Nada suaranya yang meninggi membuatkan aku kecut perut. MAtanya juga membulat melihat aku.

“Siapa perempuan tu? Apa hubungan awak dengan dia?” soalku tak mahu kalah.

“Tu kekasih aku! Aku dah rancang nak kahwin dengan dia tapi kau dah musnahkan segalanya. Kau buat dia menangis. Kau tu yang perampas sebenarnya!” jawab Ashman.

“Habis tu kenapa awak setuju jugak nak kahwin dengan saya?” soal ku. Tak puas hati aku dengar jawapannya.

“Sebab aku akan buat apa saja untuk membahagiakan umi. Termasuklah kahwin dengan kau. Tapi kau jangan pernah mimpi untuk dapat cinta aku. Cinta dan hati aku hanya untuk Elfiya sorang.” tegasnya.

"Kenapa tak berterus terang saja dengan umi. Kenapa biarkan saya terheret sama dalam hal ini?"

"Kan aku dah kata, aku sanggup buat apa sahaja untuk umi gembira. Biar pun aku terpaksa mengorbankan kau!" katanya kasar.

“Awak dayus!” jeritku.

“Apa? Kau cakap aku apa? Dayus?!” Sebuah tamparan hinggap di pipiku. Pedih.

Aku betul-betul tidak menyangka Ashman akan mengasariku. Seorang suami yang aku harap untuk melindungiku dan membimbingku sanggup menamparku. Sedangkan arwah ayah dan emak tak pernah sekalipun menjentikku. Hatiku benar-benar hancur dengan tindakan kasarnya itu.

“Sekarang ni aku akan buktikan kat kau yang aku ni bukannya lelaki dayus!” katanya dengan pandangan yang pelik.

Dia mengheretku masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam. Biar pun aku meronta minta dilepaskan, sedikit pun dia tidak hirau. Entah apa yang merasuk, malam itu selesai antara kami berdua sebagai suami isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience