BAB 12

Romance Completed 120772

“MAK...Lepas ni mak temankan Zaza pergi check-up ya?” rengekku manja.

Waktu ini sahajalah aku dapat merasa pergi check-up ditemani seseorang.

Selalunya aku hanya pergi sendirian. Takkan aku nak ajak emak temankan aku masa Ashman tak kerja. Nanti apa pulak kata mak. Emak mengangguk dan tersenyum senang.

Aku memandang wanita yang sarat mengandung itu berjalan keluar dari bilik doktor sambil dipimpin suaminya. Di sebelahku pula, si suami sedang mengusap perut isterinya yang membuncit. Aku jadi cemburu. Cemburu kerana suamiku tidak seperti mereka. Cemburu kerana aku juga inginkan perhatian dan kasih sayang.

“Zaza janganlah sedih. Ashman tak dapat temankan Min sebab dia pergi kerja. Cari rezeki untuk Zaza, untuk baby,” ujar emak sambil mengusap perutku penuh kasih.

Aku hanya tersenyum. Emak macam tahu-tahu je apa yang sedang bermain di fikiranku. Kalau Ashman ada pun tak mungkin dia akan temankan aku buat check-up. Kalaulah mak tahu hakikat itu... Sabar... AKu akn simpan rahsia ini selagi aku termampu.

...................................

Ashman mendukung bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan dua hari lepas. Walaupun dia tak ada masa aku melahirkan, aku tetap bersyukur kerana dia masih sudi menatap wajah anak yang tidak bersalah itu. Lega hatiku apabila Ashman kelihatan sangat teruja dengan kehadiran anak kami.

“Rayyan anak papa…” ujar Ashman lalu mencium pipi anak kecil yang masih tidur. Aku mengerutkan dahi. Betul ke apa aku dengar ni. Rayyan?

“Siapa Rayyan?” soalku.

“Rayyan nama baby lah. Aku dah pilihkan. Aku nak nama Rayyan Iskandar,” katanya tanpa sedikitpun bertanyakan pendapat aku.

“Tapi saya suka nama Asyraf” kataku.

“Asyraf? Kau nak ke baby ni nanti jadi apa nanti? Banyak tengok drama lah kau ni.” tuduh Ashman.

Banyak tengok drama? Aku rasa dia yang asyik tengok drama! Aku suka nama Asyraf sebab macam senada dengan nama Ashman.

“Rayyan Iskandar, bangunlah main dengan papa ni. Asyik tidur je...” Dia mencubit-cubit pipi anak kecil itu.

Aku senang melihat penerimaanya. Tak kisahlah, yang penting Ashman Mahfuz bahagia! Dari reaksinya aku tahu Ashman akan menjadi seorang ayah yang baik buat Rayyan. Dan aku harap semoga dengan kehadiran Rayyan dalam hidup kami Ashman dapat menerima aku sebagai isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience