BAB 14

Romance Completed 120773

ALHAMDULILLAH, majlis tahlil untuk mak dan umi telah pun selesai. Aku kuat dengan semangat dan doa dari saudara-mara dan kawan-kawan. Aku mesti teruskan hidup dan pandang ke hadapan walaupun kadang-kadang jalannya berduri. Aku yakin dan pasti Allah akan sediakan jalan keluar yang terbaik untuk hambaNya.

Rayyan yang lena tidur aku cium. Terima kasih Rayyan sebab hadir dalam hidup mama. Kerana Rayyan mama lebih kuat jalani hidup ini. Mama dah tak ada sesiapa, mama cuma ada Rayyan. Mama akan selalu jaga dan sayang Rayyan. Rayyan jangan tinggalkan mama ya sayang...

Aku tersenyum apabila melihat Rayyan yang menguntumkan senyuman. Entah apalah yang dia mimpi sampai tersenyum-senyum.

“Rayyan dah tidur?” tanya Ashman perlahan.

Aku mengangguk.

Pandai pulak Ashman ni kawal volume suara. Kalau cakap dengan aku bukan main lagi gegak-gempita suaranya. Hampir pecah gegendang telingaku. Bukan gegendang telinga je yang pecah, hati, jiwa, raga, sanubari dan kolam air mata pun confirm akan pecah.

“Sayang, esok papa ada flight. Tiga hari tau papa pergi. Rayyan jaga diri baik-baik tau. Nanti papa balik papa beli hadiah untuk Rayyan,” ujarnya selepas mencium Rayyan. Macam lah Rayyan faham apa yang dituturkannya.

“Flight ke mana?” tanyaku spontan.

“Kau tak payah nak sibuklah. Kau jaga Rayyan baik-baik masa aku tak ada. Kalau aku balik tengok ada lebam ke parut ke kat badan Rayyan, nahas kau!” katanya selamba mengherdik.
Ashman lantas meninggalkan aku dan Rayyan lalu menuju ke biliknya.

Aku terdiam mendengar kata-kata Ashman. Rayyan ini anakku. Aku yang lahirkan dia dengan bersusah-payah. Sudah tentulah aku akan lindungi Rayyan dengan nyawaku. Tidak percayakah Ashman kepadaku bahawa aku akan jaga Rayyan dengan baik?

Perkahwinan aku dah Ashman sudah masuk bulan ke sebelas tetapi langsung tak ada tanda-tanda yang Ashman akan menerima aku dalam hidupnya.

....................................

Ashman meletakkan beruang koala di sisi Rayyan. Seperti dijanjikan, Ashman membawa pulang hadiah untuk Rayyan. Aku cuma tersenyum senang. Mesti Ashman terbang ke Australia, tu yang boleh beli beruang koala tu!

“Malam ni rayyan tidur dengan papa ya sayang. Papa rindu sangat dengan Rayyan ni,” ujanya sambil tangannya lincah mengagah anak kecil itu.

Mengekek Rayyan ketawa apabila digeletek papanya. Ashman mendukung Rayyan ke biliknya. Aku cuma memandang dari ekor mata. Pasti aku akan rindukan Rayyan malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience