BAB 7

Romance Completed 120772

SELESAI sahaja sesi persekolahan, aku terus memandu ke pasaraya untuk membeli barang dapur. Nak harapkan Ashman, memang tak lah! Kalau tak fly, kerjanya tengok tv memanjang. Mengalahkan perempuan! Sinetron tak habis-habis!

Sedang aku memilih barangan dapur, aku terlihat satu susuk tubuh yang sangat aku kenal sedang berjalan bersama seorang gadis. Bukan main mesra lagi. Tak mungkin aku salah orang. Mereka berdua menghampiriku.

“Sayang... Ni lah kawan I yang paling baik, Zaharah Afifah,” Ashman memperkenalkan aku kepada wanita yang sedang tersenyum itu. Kawan baik? Aku kawan baik kau? Buang tabiat ke?

Huluran tangan gadis itu ku sambut mesra dengan senyuman yang pura-pura. Tangan gadis itu ku genggam sekuat hati hingga berkerut wajahnya menahan kesakitan. Padan muka perempuan miang pengganggu rumah tangga orang!

Gadis bertudung biru itu melepaskan tangannya dari tanganku.

“Apa masalah kau?! Kenapa kasar sangat ni? Kalau patah tangan Elfiya ni macam mana? Boleh kau ganti? Tangan kau tu belum tentu layak tau nak ganti tangan dia!” Herdik Ashman tiba-tiba apabila melihat gadis kesayangannya seperti sedang menahan kesakitan akibat berjabat tangan dengan aku.

Berkaca mataku mendengar herdikan suami sendiri. Apalagi semua mata mula menjeling ke arah kami. Macam aku pula yang bersalah!

“It’s okay lah sayang. I tak sakit pun! Zaharah, sorry okay. Mood Ashman tak berapa baik hari ni. So mudah melenting sikit. Jangan ambil hati ya,” ujar gadis yang bernama Elfiya itu dengan nada memujuk.

“Saya mintak diri dulu,” pamitku laju lalu dengan pantas menolak troli menjauhi pasangan sejoli itu. Duhai hati, bertabahlah...

Aku menangis semahu-mahunya apabila tiba di rumah. Sampai hati Ashman buat aku macam ni. Apa salah aku? Kenapa dia benci sangat dengan aku? Kenapa tak habis-habis dia nak sakitkan hati aku? Kalau dia marah aku sebab perkahwinan ni kenapa dia tak ceraikan aku? Kenapa mahu mendera perasaan aku begini?

Aku pantas meluru ke luar bilik saat mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.

“Ceraikan saya! Saya tahu awak tak suka kahwin dengan saya. Jadi ceraikan saya hari ini juga” jeritku sebaik sahaja Ashman masuk ke dalam rumah.
Dia mengerutkan dahi.

“Apa masalah kau ni? Akubalik tak duduk kat sofa ni lagi, kau dah macam kena rasuk minta cerai?” soal Ashman meninggi suara.

Aku menumbuk dadanya yang bidang bertalu-talu, melepaskan rasa sakit yang terbuku di hatiku. Geram yang teramat dalam.

“Kenapa awak buat saya macam ni? Ceraikan saya!” pintaku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience