BAB 5

Romance Completed 120772

DUA minggu berlalu begitu pantas. Dan kini Zaharah Afifah sudah sah bergelar isteri kepada Ashman Mahfuz. Aku mengeluh berat. Apalah nasib aku lepas ni?
Kata-kata hinaan yang dia lemparkan dua minggu lalu masih segar di ingatanku. Boleh ke Zaharah Afifah tunduk pada kehendak dan hinaan seorang lelaki bernama Ashman Mahfuz?

“Puas hati kau dapat kahwin dengan aku?” soal Ashman. Dia merenungku tajam.

Renungan dibalas dengan renungan. Ingat aku takut ke dengan renungan tajam tu? Ikutkan hati nak je aku sembur dia ni. Dia yang beria-ia nak kahwin dalam masa dua minggu, boleh pulak dia tanya aku soalan macam tu! Tapi memandangkan dia ni dah jadi status suami... terpaksalah aku hormat. Nanti aku jadi isteri derhaka pula.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan perlahan. Cuba menyabarkan hati yang berapi. Geram dengan soalan yang aku boleh katakan bodoh tadi.

“Abang nak mandi? Kejap Zaza ambikkan towel,” ujarku mengubah topik perbualan. Buat apa nak dibahas, dah kahwin dah pun! Sah dah suami dan isteri. Tak boleh patah balik dah pun!

“Apa kau panggil aku? Abang? Geli pulak aku dengar.” Ashman cuba menghina lagi.

Aku memusingkan badan menghadapnya. MAtanya ku renung tajam.

“Habis tu nak panggil apa? Nak panggil Encik Ashman macam dalam Ombak Rindu tu? Muka tu kalau hensem macam Aaron Aziz takpe jugak!” balasku dengan keras. Dia tersenyum sinis. Boleh pulak?

“Sebabkan aku ni tak hensem macam Aaron Aziz dan kau tu pun tak cantik macam Maya Karin, apa kata kau panggil aku Tuan Ashman? Ha, barulah sesuai. Sesuai dengan status kita!” katanya mencari point untuk bertengkar.

“Tuan Ashman? Awak ingat saya ni hamba awak ke? Nak paggil tuan-tuan bagai. Jangan haraplah,” bentakku.

Dia mendekatkan wajahnya ke telingaku.

“Dekat mata aku, kau memang tak ubah macam seorang hamba!” bisiknya perlahan tapi cukup berbisa menghiris tangkai jantungku. Dia merampas tuala yang aku pegang dan meloloskan diri ke bilik mandi. Meninggalkan aku yang tercegat di situ kerana kata-katanya tadi. Berbisa!

Pintu bilik mandi aku pandang dengan mata yang berkaca. Sehina itukah seorang Zaharah Afifah di mata Ashman Mahfuz?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience