Epilog

Romance Completed 120772

Beberapa bulan kemudian...

"Abang minta maaf sayang. Abang tahu abang yang bersalah kerana terlalu ego. Hingga abang sanggup buat kerja terkutuk tu. Abang tak sangka ia akan menjejaskan kesihatan sayang. Kembalilah pada abang supaya abang mampu menjaya Zaza semula. Rayyan juga selalu meragam kerana Zaza tak ada di sisinya seperti selalu." Ashman memegang bahu ku dan cuba memujuk agar aku kembali ke pangkuannya.

Aku menangis. Hati ini terasa amat pedih. Perbuatannya kali ini tidak dapat aku maafkan. Nyawaku sendiri jadi pertaruhan.

"Zaza tak dapat terima abang kembali..." balasku ringkas.

"Maafkan abang Zaza. Aban tak berniat mahu Zaza jadi begitu. Abang mahu kita bina semula keluarga kita," rayu Ashman. Kali ini air mata lelakinya tertumpah juga. Hilang egonya selama ini.

Zahrah Afifah sudah putus asa terhadap lelaki ini. Cintanya juga sudah pudar. Dia menggelengkan kepala dan melontar pandangan ke arah lain. Tangan Ashman di bahunya juga ditepis perlahan.

"Zaza tidak mahu ada apa-apa lagi dengan Ashman. Rayyan akan Zaza serahkan hak penjagaan kepada Ashman. Jagalah dia baik-baik. Zaza perlu menenangkan diri. Selepas apa yang terjadi, Zaza tak rasa mampu menjaga Rayyan dengan baik," kataku. Aku harus berterus terang. Aku tidak sanggup menghadapi semua ini lagi.

Aku memandang wajah Asman yang kelihatan serba salah.

“Abang mintak maaf...” perlahan saja permohonan maafnya kali ini.

“Zaza dah lupakan semua yang pernah berlaku antara kita. Zaza maafkan awak dan Zaza harap awak pun maafkan Zaza,” pintasku laju. Ashman tersenyum memandangku. Senyman pahit kerana aku tidak mahu kembali ke pangkuannya.

“Saya doakan awak akan jumpa wanita yang lebih baik daripada saya,” tutur ku ikhlas.

Aku tersenyum. Aku tahu Ashman sudah tidak menganggap aku sebagai musuhnya lagi seperti dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience