BAB 9

Romance Completed 120772

AKU berlari ke tandas. Sudah dua hari aku tak sedap badan. Segala isi perut aku muntahkan. Pening yang makin menggila membuatkan aku tidak dapat mengawal keseimbangan tubuh dan semuanya kelam.

“Kau ni kenapa tak habis-habis menyusahkan aku?!” kata Ashman.

Sayup-sayup aku terdengar suara seorang manusia membebel. Siapa lagi kalau bukan Ashman Mahfuz. Aku membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang bercekak pinggang memandangku.

“Saya kat mana ni?” Mataku meliar memandang keadaan sekeliling yang sangat asing buatku.

“Kat mana lagi, kat hospitallah! Kau tu kalau kau nak mati ke nak apa ke jangan susahkan hidup aku boleh tak?!” Dia mendengus geram.

“Maaf...” tuturku lemah sambil menahan rasa pening dan mual yang masih belum hilang.

“Maaf maaf! Tu je la yang kau tau kan? Kalau bukan sebab umi yang paksa aku bawak kau datang sini, memang aku biar je kau mereput kat dalam tandas tu!” kasar sungguh kata-kata suami aku ni.

Aku menelun liur yang kian rasa berpasir. Aku dah puas menangis dan dah cukup rasa sakit. Apa yang aku dengar tadi hanya sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Telinga ini dah lali dengan kata-kata kesatnya. Aku memicit kepala yang terasa berat.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar dan seorang doktor perempuan menghampiriku sambil tersenyum.

“Puan dah sedar? Ni suami puan ke?” soal doktor itu.

Aku memandang wajah Ashman yang tidak beriak. Malukah dia untuk mengaku bahawa aku ini isterinya? Teragak-agak aku mengangguk mengiakan pertanyaan doktor itu sebentar tadi.

“Tahniah Encik. Puan Zaharah disahkan mengandung dua minggu!” Tersenyum doktor itu menyampaikan berita yang sepatutnya menjadi berita gembira untuk pasangan suami isteri yang lain. Tapi kami?

Aku tersentak. Hatiku bergetar hebat. Ashman memandang wajahku tidak percaya.

“Me…mengandung?” Dia bemonolog sendirian tapi cukup kuat untuk didengari kami berdua.

“Alahan yang dialami Puan Zaharah tu sebenarnya normal. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mintak diri dulu,” pamit si doktor dan meninggalkan kami berdua di bilik itu.

Kami berpandangan. Aku melihat wajah Ashman yang masih terkejut. Serta-merta aku menjadi takut. Boleh ke Ashman terima anak ini? Macam mana kalau dia nafikan anak yang aku kandung ni anak dia? Sedangkan kedudukan aku sebagai isterinya pun tak pernah dia iktiraf.

Tiba-tiba tanpa berkata sepatah pun, Ashman bangun dan keluar meinggalkan aku sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience