BAB 17

Romance Completed 120772

AKU memegang kepala yang terasa berpusing. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku selalu sakit kepala dan susah tidur. Emosi aku juga selalu tidak stabil. Kejap marah kejap okey. Aku tahu aku ada masalah kesihatan. Aku menghempaskan badan di sebelah Rayyan yang sedang tertidur dan cuba melelapkan mata.

“Kau ni boleh tak hidup untuk senangkan hidup aku?!” kata Ashman.

Terenjut bahuku mendengar jerkahannya. Apa pulak kali ni? Sakit di kepalaku makin kuat mencengkam.

“Mana kau letak uniform pilot aku? Hei, aku tengah cakap dengan kau ni! Kau dengar ke tak?” tanya Ashman.

Nada suaranya yang kuat bergema lagi sehingga membuatkan Rayyan yang lena tidur di sebelahku terjaga dan menangis. Selepas itu aku sudah tidak ingat apa-apa lagi.

............................

Gadis itu membawaku ke taman dan kami duduk di atas bangku yang agak terasing dari pesakit lain.

“Awak ingat saya tak?” tanya gadis itu baik-baik.

Aku merenung wajah gadis di hadapanku. Kenapa aku rasa macam aku kenal dia ni. Aku memegang wajahnya dan memusingkannya ke kiri dan ke kanan. Betul lah. Aku memang pernah tengok dia ni. Tapi kat mana? Apa nama dia? Argh, kenapa aku tak boleh ingat ni!

“Awak ingat Ashman Mahfuz ?” soalnya.

Ashman Mahfuz? Lelaki itu lah yang dah buat aku masuk ke hospital ni! Lelaki itu jugaklah yang buat aku koma tak sedarkan diri. Air mataku mengalir laju. Gadis itu memegang tanganku.

“Ashman mintak maaf. Dia mengaku dia yang tukarkan supplemen awak dengn pil lain. Dia rasa bersalah sangat-sangat. Dia bawak awak ke sini sebab dia nak awak sembuh macam dulu balik. Dia malu nak jumpa Zaza sebab perbuatannya itu,” terang gadis itu panjang lebar.

“Kau siapa?” tanyaku. Dah puas aku memerah otak tapi aku tetap tak jumpa namanya dekat mana-mana kotak memoriku.

“Nama saya Elfiya,” katanya sambil tersenyum ikhlas.

“Elfiya?” tanyaku kepada diri sendiri. Memori Ashman memperkenalkan dia kepadaku di pasaraya setahun yang lalu segar di ingatan.

“Saya pun mintak maaf. Saya janji akan selalu bagi awak sokongan dan semangat sampai awak betul-betul sembuh.” katanya lagi.

Aku memandang wajah Efiya. Kenapa kau baik sangat dengan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience