BAB 16

Romance Completed 120772

“Tadi Elfiya datang, dia...”

“Aku tahu dan aku dah buat keputusan. Aku nak kahwin dengan dia,” ujarnya pantas memintas kata-kataku.

Aku diam dan berfikir panjang. Aku tak mahu jadi penghalang cinta mereka. Lagipun Ashman tak mencintaiku dan aku tak bahagia dengan perkahwinan ini.
Aku tak mahu menjadi seorang perempuan yang pentingkan diri sendiri. Buat apa aku beria-ia mempertahankan perkahwinan ini sedangkan aku tak bahagia.
Biarlah Ashman bahagia dengan orang yang dia sayang. Walaupun terpaksa kehilangan Ashman tapi aku masih ada Rayyan. Aku pasti kuat selagi Rayyan berada di sisiku.

“Baiklah kalau macam tu, ceraikan saya,” pintaku setelah lama berdiam.

“Aku akan ceraikan kau. Tapi aku haramkan kau bawak Rayyan keluar dari rumah ni. He’s my son.” arah Ashman.

Membulat mataku memandang Ashman. Aku sudah rela hati mengundurkan diri tapi mana mungkin aku tegar tinggalkan Rayyan. Aku dah berjanji yang aku akan lindungi Rayyan dengan nyawaku. Tidak, aku tak akan pergi tanpa Rayyan.

“Mana boleh macam tu. Rayyan pun anak saya. Saya yang lahirkan dia. Saya takkan pergi kalau Rayyan tak ikut.” kataku tegas.

“Okey kalau itu yang kau nak. Aku akan buat kau pergi dari rumah ni tanpa Rayyan.” ugutnya.

“Saya akan bertahan demi Rayyan,” tegasku. Aku membawa Rayyanke dalam pelukan.

“Kita tengok siapa yang akan menang! Dan aku takkan kalah dengan kau,”ujarnya lantas mengambil Rayyan dari pelukanku dan menuju ke bilik.

Ya Allah, berilah aku kekuatan. Aku harus dan mesti kuat untuk Rayyan. Kalau Ashman Mahfuz takkan kalah, Zaharah Afifah takkan benarkan Ashman menang.

Seorang ibu pasti akan kuat selagi anaknya berada di sisi. Aku meyakinkan diri sendiri.

.............................................

“Apa kau makan tu?” tanya Ashman.

Hampir luruh jantungku apabila mendengar sergahan dari belakang. Kuss semangat. Aku menoleh ke belakang dan melihat Ashman masuk ke dapur sambil memegang botol susu Rayyan.

“Supplemen,” jawabku ringkas.

Aku memandang Ashman yang leka membancuh susu Rayyan. Adakah aku akan merindui lelaki ini nanti? Walaupun dia banyak sakitkan hati aku dan buat aku terluka, tetapi aku tetap tak boleh tipu diri sendiri bawa aku memang mencintainya. Dia memegang dan membelek botol MultiVitamin yang aku makan tadi.

“Kau ni makan supplemen tapi tak cantik-cantik pun aku tengok.” katanya cari fasal.

“Orang makan supplemen bukan nak cantik tapi nak sihat.” balasku spontan. Dia menjuihkan bibir.

“Pergi sana. Aku bancuh susu Rayyan pun nak tengok. Menyibuk!”katanya menolak aku hingga berundur selankah ke belakang.

Aku mengangkat kaki dan menuju ke bilikku.

Ashman Mahfuz senyum meleret. Botol MultiVitamin yang dipegang itu dipandang sekali lagi.

“Aku ada cara cepat untuk halau kau dari rumah ni!”

Ashman menuangkan semua isi botol kaca itu ke dalam tong sampah dan mengisi botol itu dengan pil lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience