BAB 16

Romance Completed 9490

“Jawapan aku? Apa yang dia nak dari aku. Hisy pelik la dia ni. Apesal plak dia bagitau kat aku pasal dia nak sambung belajar kat Australia, macam la aku ni penghalang dia.”

Balqis buntu memikirkan perkara itu.

“Huh, takde masa aku nak fikir pasal dia jer. Eh jap dia ni ada curi apa-apa tak. Mana yer dompet aku tadi.”

Tercari-cari Balqis dompetnya tadi.

“Eh, ape plak ni.”

Balqis terjumpa sepucuk surat di celah-celah dompetnya.

“Sejak minggu orientasi itu, saya mula tertarik dengan awak. Dari penampilan awak, saya tahu awak ni seorang gadis yang baik. Tak pernah saya rasa perasaan ini. Dan saya juga bukanlah seorang yang pandai mengungkap kata-kata yang romantis Walaupun baru semester 2 saya dapat luahkan perasaan saya, tapi percayalah dah lama saya simpan perasaan ini. Yang penting, saya tahu saya mula mencintai awak. 2 minggu sebelum saya berangkat ke Australia, saya harap dapat tahu kata putus dari awak. Saya tahu awak juga punya perasaan yang sama. Ikhlas dari Faiz.”

“Erk, ape ni. Faiz ni salah hantar surat ke.”

Balqis mengerut dahinya setelah selesai membaca surat itu.

“Tingg.”

Bunyi mesej masuk.

“Awak dah baca ke surat saya?”

Tanya Faiz.

“Ya Allah, memang surat untuk aku.”

Balqis terkejut beruk. Serta-merta dadanya berdebar hebat.

“Err, dah.”

Balqis membalas mesej Faiz. Pendek.

“Saya tunggu awak nanti.”

Balas Faiz lagi.

Balqis diam tidak terkata. Tiada tanda mahu membalas mesej itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience