BAB 7

Romance Completed 9490

Minggu ini kuliah dah bermula. Masing-masing sibuk hingga tidak sempat untuk berhubung dengan rakan-rakan ahli kumpulan semasa orientasi kecuali jika sama jurusan.

Aku yang mengambil jurusan perakaunan juga sibuk sehingga jarang bertemu dengan Nisa, roomateku sendiri kerana berlainan jurusan denganku iaitu jurusan pendidikan. Jika aku balik waktu tengahari, dia pula ada kelas. Waktu malam pula digunakan untuk menbuat assignment atau study group.

“Qis, perut aku ni dah menyanyi-nyanyi minta diisi. Jom, turun cafe.”

Kata Nisa sambil tersengih macam kerang busuk.

“Yela, aku faham kau ni. Harap badan jer kecil tapi perut macam perut dinasour. Asyik mintak makan jer.”

Kataku mengusik Nisa.

Nisa menarik muncung biawak konon-konon merajuk dengan usikan Balqis.

“Alala, kau ni kena usik aje dah tarik muncung biawak. Hehe, jangan la marah nanti aku lapor kat Haiqal baru tau.”

Usikku lagi.

Kali ni Nisa membaling bantalnya ke muka Balqis tapi Balqis sempat mengelak. Balqis menjelir lidahnya memerli Nisa.

“Apa pasal Haiqal plak? Hisy, kau ni takde kena mengena langsung.”

Bebel Nisa sambil membetulkan cermin matanya yang hampir jatuh dek membaling bantal tadi.

“Eleh, macam aku tak tahu kau tu stalker si Haiqal. Cakap aje la kau minat dia, macam la aku baru kenal kau. Cik Aisyah Khairunnisa, saya dah kenal awak sejak awak belajar ABC lagi tau.”

Kata Balqis mengejek.

Balqis dan Nisa merupakan teman sepermainan sejak kecil lagi. Mereka sama-sama membesar di Pahang. Walaupun mereka tidak bersekolah di tempat yang sama tapi hubungan mereka amat erat seperti belangkas. Akhirnya, takdir menempatkan mereka di tempat yang sama di IPTA.

Nisa hanya tersengih mempamerkan giginya yang putih bersih mendengar ejekan Balqis.

“Ala, aku cuma ikuti perkembangan dia je pun, takde maksud lain la.”

Terang Nisa pertahankan diri.

“Yela-yela. Eh, tadi kata perut kau dah keluarkan macam-macam lagu. Jom la pergi makan, aku pun dah lapar. Tatap muka kau bukan kenyang pun.”

Usik Balqis sekali lagi.

Nisa hanya mencebikkan muka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience