BAB 2

Romance Completed 9490

Pintu bilik diketuk bertalu-talu hingga menyakitkan telinga sesiapa yang mendengar. Aku membuka mata dan mengamati bunyi bising yang mengganggu lenaku tadi.

“Siapa pula la yang baik hati sangat ketuk bilik aku ni?”

Soalku dalam hati. Jarum jam di tangan menunjukkan pukul 3 pagi.

Aku menjeling teman sebilikku, Nisa yang tidur bagaikan puteri beradu. Fikirku jika berlaku kebakaran sekali pun, belum tentu dia sedar.

Aku bingkas bangun membuka pintu. Rupa-rupanya pembantu mahasiswa bahagian pengisian iaitu PM Damia.

“Kamu kejutkan roomate then turun bawah pergi ke padang sekarang juga.”

Kata PM Damia. Muka aku berkerut hairan kerana seingat aku tiada aktiviti pada waktu ini di dalam jadual. Tanpa sempat aku bertanya apa-apa, dia terus pergi mengetuk pintu bilik yang lain.Tanpa lengahkan masa, aku terus kejutkan Nisa dan bersiap-siap untuk turun.

“Aduyai, apa pulak la kali ni, kacau tidur orang betul la.”

Bebel Nisa sambil menguap. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku juga tiada jawapan untuk soalan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience