BAB 10

Romance Completed 9490

Dirinya kini dilanda resah. Kusut memikirkan keputusan apa yang harus dibuat. Cuti semester yang sepatutnya dihabiskan dengan tenang dan ceria sebaliknya terpaksa dihabiskan dengan berfikir tentang masa depannya. Dirinya mengeluh lagi. Buntu.

“Iz, sini kejap.”

Panggil Haji Waqiuddin iaitu ayah Faiz. Iz ialah panggilan mesra yang dipanggil oleh keluarganya. Faiz melangkah ke arah ayahnya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Ayahnya merupakan seorang doktor pakar dalam bidang perubatan. Disebabkan itu dia juga mahu mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang doktor. Ibunya pula iaitu Hajah Aisyah merupakan pemilik butik pakaian muslimah yang terkenal di Johor Bharu.

“Kamu dah fikir ke tentang tawaran ke Australia tu?”

Tanya ayahnya ingin tahu keputusan anak keduanya itu. Faiz hanya menggeleng sebagai jawapan soalan ayahnya itu.

“Iz, ibu rasa ada baiknya kamu terima aje tawaran menyambung pengajian dalam bidang perubatan kat Australia tu. Kat sana lebih bagus pembelajarannya. Ibu bukan nak merendah-rendahkan tempat kamu belajar sekarang tapi ni lah peluang kamu yang lebih baik.”

Sampuk Hajah Aisyah memberi cadangan.

“Ntah la Ibu, Iz buntu sekarang ni. Iz dah rasa selesa belajar kat UKM tu. Tapi Iz setuju juga dengan kata-kata Ibu tu, ni lah peluang Iz.”

Akhirnya Faiz bersuara meluahkan rasa hatinya. Ingatannya terlayar pada Balqis.

Jika dia ke Australia nanti, dia akan tinggalkan Balqis. Berat rasanya mahu meninggalkan permata hatinya itu walaupun dia tidak pernah pernah memberitahu Balqis tentang perasaannya. Berkali-kali dia cuba menafikan perasaannya terhadap Balqis, namun itu lah hakikat yang sebenar. Dia sudah mula menyintai gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience