BAB 8

Romance Completed 9490

Raut wajahnya yang tampak bersih dan menenangkan, matanya yang berwarna coklat Hazel dan segaris senyuman yang sentiasa menhiasi wajahnya betul-betul membuatkan Faiz sentiasa mengingati dia.

“Apa dah jadi dengan aku ni.”

Soalnya dalam hati. Tapi soalannya tinggal soalan tanpa jawapan.

Peristiwa pada hari terakhir orientasi pelajar ijazah tahun pertama membuatkannya tersenyum lucu bila mengingatinya. Berkerut-kerut wajah kedua-dua pelajar itu menarik nafas akibat keletihan berlari. Pelajar berwajah ayu itu memohon maaf disebabkan mereka lewat sampai. Faiz tidak sampai hati memarahi mereka yang tercungap-cungap tidak cukup oksigen itu lalu menyuruh mereka duduk sahaja.

“Hoi, termenung lagi!”

Sergah Haiqal.

Faiz mengucap panjang mendengar sergahan Haiqal itu.

“Kau ni tak reti-reti nak bagi salam ke?! Nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tak arwah aku kat sini.”

Marah Faiz panjang.

“Assalamualaikum.”

Kata Haiqal sambil tersengih malu.

“Waalaikumussalam. Hah, macam tu la. Ini tak main hoi-hoi jer.”

Bebel Faiz.

“Tu la kau. Aku kat sini dah 10 minit. Tengok kau bukan main khusyuk lagi baca buku tapi page sama jer. Gila apa 10 minit page sama padahal teks tu sikit jer.”

Terang Haiqal panjang lebar.

Faiz hanya mendiamkan diri malas mahu bertekak lagi. Tiada gunanya bertekak dengan Haziqin, esok pun tak habis lagi.

Matanya tiba-tiba melekat pada seraut wajah yang ceria dengan senyuman. Wajah yang selalu mengganggu tidurnya. Wajah itu juga yang sering membuatkan dirinya mengelamun jauh.

“Patut la kau mengelamun tadi.”

Kata Haiqal tersenyum penuh makna.

“Kenapa pula?”

Tanya Faiz pelik dengan pernyataan Haiqal yang tiba-tiba itu.

“Tu la penyebab kau mengelamun sana-sini kan.”

Tunjuk Haiqal menggunakan muncung mulut ke arah 2 orang gadis yang sedang berjalan ke arah kedai di cafe itu.

“Hisy, kau ni mengarut aje la. Mana ade. Nama dia pun aku tak tau, apa pasal aku nak ingat kat dia plak.”

Nafi Faiz.

“Hah, kan dah kantoi. Haha, tadi ada ke aku cakap mana satu orangnya, takde kan.”

Ujar Haiqal sambil ketawa riang setelah berjaya mengenakan sahabatnya yang satu ini.

Melopong Faiz bila diri sendiri yang terperangkap. Akhirnya Faiz mengalah jua.

“Yela. Kau ni bab mengenakan orang nombor satu. Hampeh punya kawan.”

Bebel Faiz.

Haiqal hanya tersengih riang.

“Aku pun tak tau la Qal, muka dia jer yang aku nampak. Semua benda aku buat, mesti ingat dia. Sampai aku tidur pun mimpikan dia.”

Cerita Faiz ikhlas.

“Yang mana satu mengganggu kau tu?”

Soal Haiqal ingin tahu.

“Yang tak pakai cermin mata tu.”

Beritahu Faiz.

“Laa, dia tu ke. Aku..”

“Kau kenal dia ke?”

Soal Faiz tidak sabar.

“Ish, kau ni. Kot iye excited pun, sabarlah dulu. Aku tak sempat nak habiskan ayat aku lagi kau dah menyampuk.”

Marah Haiqal.

Faiz hanya tersengih malu.

“Yer, aku kenal dia tu. Aku satu jurusan ngan roomate dia tu yang pakai spek, Nisa. Nisa pernah bagitau aku pasal roomate dia tu. Nama dia Balqis Athira. Dari Pahang.”

Beritahu Haiqal ringkas.

Balqis Athira. Bibirnya menguntum senyuman. Namanya secantik orangnya. Sekali lagi Faiz memandang Balqis. Lama.

Haiqal hanya menggeleng kepala melihat temannya yang terkena penangan cinta pandang pertama tapi masih tak nak mengaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience