BAB 6

Romance Completed 9490

“Alamak, dah pukul 9 la!”

Aku menjerit setelah memandang jam tanganku. Nisa terjaga dan jatuh katil akibat terperanjat mendengar jeritanku.

Ini semua gara-gara keletihan dan tidur lewat malam tadi selepas Midnight Emergency. Walaupun hari ni adalah hari terakhir program, aku perlu mematuhi disiplin yang ditetapkan. Untung aje hari ni aku dan Nisa ABC, kalau tak kena qada’ la subuh tadi.

Aku dan Nisa kalut menyiapkan diri turun ke bawah untuk bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Tapi alangkah terkejutnya kami apabila tiada seorang pun pelajar yang tinggal. Yang ada hanyalah PM Haiqal dan pembantu-pembantunya yang lain.

“Kamu berdua ni kenapa?”

Tanya PM Haiqal ingin tahu.

“PM Haiqal, kami mintak maaf sesangat. Kami tak terjaga langsung, alih-alih dah pukul 9 pagi.”

Beritahu Nisa dengan muka seperti pesalah di mahkahmah.

“Hmm, takpe-takpe kamu dimaafkan. Korang pergi makan dulu then pergi ke dewan.”

Kata PM Haiqal tersenyum manis.

Setelah mengucapkan terima kasih aku dan Nisa segera ke khemah makanan dan makan selaju yang mungkin. Selesai makan, aku dan Nisa melakukan aksi marathon untuk ke dewan yang agak jauh dari kolejku itu. Dalam fikiranku, terdapat satu masalah lagi akan timbul, ohh pedihnya telinga kalau terpaksa mendengar leteran dari PM Faiz yang garang itu.

Sampai aje di hadapan pintu dewan itu, PM Faiz la yang aku dan Nisa nampak. Mukanya walaupun kacak tapi dihiasi dengan mimik yang kelat tanpa senyuman itu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat berasa kecut perut.

“Kamu kenapa lambat?”

Soal PM Faiz.

“Ka..ka..kami…le..lewat bangun. Ma..aa..maafkan kami, PM Faiz.”

Beritahuku dengan tersekat-sekat kerana kepenatan selepas marathon tadi.

“Ok-ok. Duduk dulu dan tarik nafas perlahan-lahan. Cuba bertenang.”

Kata PM Faiz prihatin.

Hatiku berbisik lega.

“Harap muka jer garang cam singa tapi baik jugak. Hehe.”

Bisik Balqis lagi dalam hati.

Kini, aku tahu semua PM hanya bersikap tegas dalam program ini sahaja agar kami tidak membuat hal.

Akhirnya minggu orientasi berakhir dengan permainan yang menarik.

Malam itu juga aku lihat semua PM bergelak-ketawa bersama-sama pelajar lain. PM Faiz dan PM Haziqin juga turut menyertai permainan itu. Muka mereka tidak lagi bengis macam singa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience