BAB 5

Romance Completed 9490

Setelah 15 minit berlalu, semua pelajar di arahkan berkumpul di padang semula. Aku dan Fifi memanjangkan kepala melihat apa yang kumpulan-kumpulan lain dapat.

Namun, belum sempat mengintai semua kumpulan, aku terasa seolah-olah ada mata yang memandangku. Mataku melekat pada sepasang mata yang memandangku tajam seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup. Terbit rasa seram di hatiku, lalu menundukkan kepala dengan memandang ke bawah. Tak sanggup rasanya menatap sepasang mata “singa garang” itu. Ini mungkin gara-gara perbuatanku yang mengintai kumpulan lain.

Semua jawapan telah di beri oleh setiap kumpulan. Namun, tiada satu pun yang betul. Akhirnya, tiba giliran kumpulanku dan Fifi bangun dengan penuh yakin lalu memberitahu jawapan yang kami bincang tadi. Semua pelajar berasa pelik dengan jawapan Fifi tapi setelah di beri penerangan baru lah mereka faham. Syukur jawapan yang di beri oleh Fifi tepat sekali. Kami diberitahu akan tujuan aktiviti ini apabila berlaku kecemasan tengah-tengah malam, kami boleh menggunakan cara ini. Ini juga untuk mengeratkan hubungan antara kami. Akhirnya kami dilepaskan balik ke bilik masing-masing pada pukul 4.30 pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience