BAB 17

Romance Completed 9490

Sejak itu, Balqis berubah. Dirinya cuba untuk mengelakkan diri dari berjumpa Faiz. Sejak itu juga Nisa lah yang menjadi tukang beli makanannya dan interkom tidak bertauliah yang memberitahu segala maklumat terbaru tentang Faiz. Balqis hanya buat tidak endah apabila Nisa memberitahunya tentang Faiz.

“Kau jangan menyesal pulak nanti. Bila dia dah takde depan mata baru kau nak menangis. Keluar air mata darah sekalipun tak berguna lagi.”

Nisa membebel geram dengan Balqis yang menafikan perasaanya pada Faiz.

“Hmm, aku takde pape perasaan pun kat dia. Buat apa aku nak ambil tahu pasal dia. Tak perlulah.”

Beritahu Balqis lagi.

Balqis sedar sebelum Faiz meluahkan perasaanya lagi, terdapat perasaan aneh yang menjalar dalam dirinya. Tapi dia menafikan perasaan suci itu.

“Tingg.”

Bunyi mesej masuk.

“Saya nak jumpa awak sekarang kat tasik.”

Ringkas bunyi mesej dari Faiz.

Hari ini ialah hari terakhir Faiz berada di Malaysia. Beberapa jam lagi dia akan berangkat ke Australia. Sehingga kini Balqis belum memberikan kata putus tentang perasaannya.

Balqis mengeluh seketika. Memikirkan apa yang harus dibuat. Dia belum yakin dengan perasaannya terhadap Faiz.

“Ada apa nak jumpa saya ni?”

Tanya Balqis pura-pura tidak tahu.

“Awak tahu kenapa saya nak jumpa. 2 minggu saya tunggu awak tapi hampa. Bila awak nak mengakui perasaan awak terhadap saya? Saya cintakan awak Balqis.”

Ucap Faiz ikhlas. Dia berharap Balqis akan mengakuinya.

“Saya tak cintakan awak.”

Balas Balqis mendatar. Dadanya mula bergetar hebat.

Faiz mengeluh kecewa.

“Takpe la, saya tetap akan tunggu awak selama mana pun. Selamat tinggal, Balqis Athira.”

Ucap Faiz sambil tersenyum tawar. Seraya itu, dia berlalu pergi.

Dadanya terasa sebak apabila mendengar ucapan selamat tinggal dari Faiz. Air mata yang ditahan Balqis tadi akhirnya tumpah. Hatinya tak rela melepaskan Faiz pergi tapi apa lah daya dah terlambat. Mata yang memandang tidak dihiraukan lagi. Semuanya kerana ego dan tidak yakin akan perasaannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience