BAB 3

Romance Completed 9490

Semua pelajar yang berkumpul di padang itu masing-masing berwajah keletihan dan mengantuk. Terdapat juga pelajar yang membebel tidak puas hati kerana mereka sepatutnya tidak turun pada waktu ini.

“Senyap semua! Kamu ni tahu membebel jer, semua aktiviti yang kami buat adalah untuk kebaikan kamu semua. Saya nak kamu cakap sekarang, siapa yang tak puas hati sila angkat tangan.”

Kata Haziqin selaku PM Disiplin dengan lantang.

Masing-masing membisu dan saling berpandangan satu sama lain.

“Tak berani yer, tapi kat belakang kami berani plak cakap macam-macam.”

Tambah Faiz pula. Tiba-tiba matanya terarah pada beberapa orang pelajar yang datang lambat.

“Kamu 4 orang yang lambat tu, berdiri di depan sekarang!”

Katanya kepada pelajar-pelajar yang lambat itu. Semua pelajar yang lain memandang ke arah mereka.

Muka 4 orang pelajar itu pucat bagaikan kehilangan darah apabila mendengar suara lantang PM Faiz itu.

“Saya nak kamu 4 orang ni duduk separuh sambil angkat sebelah kaki, buat sekarang!”

Keempat-empat pelajar itu mengikuti arahannya. Setelah 5 minit berlalu, masing-masing sudah menahan sakit dan peha mereka terasa mahu patah. Akhirnya mereka di suruh duduk oleh PM Haziqin. Pelajar yang lain senyap, takut dikenakan denda seperti mereka berempat.

“Tujuan kami suruh kamu turun pada waktu ini kerana pada pagi ni, kami ada aktivit khas untuk kamu semua iaitu Midnight Emergency. Saya nak kamu duduk dalam kumpulan masing-masing dan berbincang cara nak mengejutkan 200 orang dari tidur jika berlaku sesuatu kecemasan pada waktu malam andai kata siren kecemasan rosak. Then, jika perlu, cari benda-benda berkaitan. Kamu semua diberi masa 15 minit untuk melakukan aktiviti ini.”

Terang Zatul selaku PM pengisian.

Semua pelajar tercengang mendengarkan aktiviti yang tak masuk dek akal tu. Masing-masing berbisik sesama sendiri mengenai aktiviti tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience