BAB 18

Romance Completed 9490

4 tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajiannya di UKM, Balqis akhirnya berjaya menjawat jawatan di sebuah syarikat swasta yang terkenal sebagai akauntan. Sejak Faiz meninggalkannya dulu, tiada langsung khabar berita yang diterimanya. Hatinya kadang-kadang tertanya adakah Faiz masih menyintainya. Dia akui kini dirinya sangat menyintai Faiz. Waktu di UKM dahulu, dia cuba mencari berita tentang Faiz tetapi hampa tiada siapa yang tahu. Balqis tidak dapat menhubungi Faiz kerana dia sudah menukar nombornya kepada talian luar negara.

“Woitt, kau ni termenung jer.”

Sergah Fiza.

“Hisy, kau ni satu hari tak naik suara tak boleh ke?”

Balqis memarahi Fiza.

“Hehe, sorry. Kau la banyak kali aku telefon tak angkat, panggil pun tak menyahut. So, aku terpaksa la tinggikan volume suara aku yang merdu ni.”

Fiza sempat memuji dirinya sendiri.

“Eh, kau ni masuk bakul angkat sendiri jer. Muka tak malu puji diri sendiri.”

Pecah ketawa Balqis.

Fiza ialah rakan sekerjanya di syarikat Golden Holdings Sdn. Bhd. Walaupun usia Fiza 2 tahun muda darinya tetapi hubungan mereka bagaikan adik-beradik.

“Jom teman aku balik rumah hujung minggu ni. Mak aku buat kenduri kesyukuran menyambut kepulangan abang aku dari luar negara. Akhirnya berjaya juga abang aku jadi doktor.”

Ajak Fiza.

“Hujung minggu ni? Hmm, Ok la. Aku pun takde pape aktiviti.”

Balas Balqis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience