BAB 19

Romance Completed 9490

Berada di rumah Fiza memang menenangkan. Halaman rumahnya yang dipenuhi pokok-pokok hiasan dan air terjun mini mencantikkan pemandangan bagi sesiapa yang memandang. Terdapat juga kolam ikan-ikan Koi yang besar di situ.

“Cantik halaman rumah kau.”

Puji Balqis.

“Terima kasih. Ibu aku yang jaga semua tanaman ni. Eh, kau kan minat semua-semua ni, boleh masuk line ngan ibu aku. Hehe.”

Fiza mengusiknya.

“Banyak la kau punya alasan. Dah la, jom masuk dalam tetamu kau dah ramai. Tetamu yang sorang ni kau tak nak jemput. Hampeh punya kawan.”

Balqis pura-pura merajuk.

“Eh, aku lupa plak. Ampun tuanku permaisuri. Jemput masuk ke rumah patik.”

Fiza bercakap ala-ala bahasa istana. Seraya itu mereka ketawa mengekek.

Hiasan dalam rumah Fiza sekali lagi membuatkan Balqis terpegun. Hiasan ala-ala English membuatkan dirinya terasa berada di luar negara.

Ibu Fiza menghampiri mereka berdua. Balqis menyalami tangan ibu Fiza.

“Cantik rumah makcik.”

Puji Balqis.

“Terima kasih, Balqis. Fiza banyak bercerita tentang Balqis kepada makcik.”

Ibu Fiza memberitahunya.

“Mana anak makcik yang baru pulang dari Australia tu?”

Tanya Balqis lagi.

“Ohh, dia keluar dengan pakcik kamu beli barang sedikit. Kejap lagi balik la tu.”

Balas ibu Fiza.

Balqis membiarkan Fiza dan ibunya berbual seketika. Matanya memandang ke arah gambar-gambar yang tergantung di dinding. Serta-merta dadanya berdebar hebat. Walaupun 4 tahun telah berlalu, dia masih mengingati wajahnya. Itu lah yang dilihatnya sekarang, gambar Faiz.

“Fiza, siapa dalam gambar tu.”

Tunjuk Balqis ke arah gambar tersebut.

“Itu, abang aku tapi dia dah meninggal 3 tahun yang lepas disebabkan kemalangan. Namanya Faiz…”

Belum sempat Fiza menghabiskan kata-katanya Balqis sudah pengsan.

Perlahan-lahan Balqis membuka matanya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut dan dadanya terasa sesak sekali.

“Balqis, kau tak apa-apa ke?”

Soal Fiza risau.

“Aku takde apa-apa.”

Balqis membalas dengan senyuman tawar.

Air matanya mula bergenang. Patutlah selama ini dia tidak mendapat khabar berita dari Faiz rupa-rupanya Faiz tiada lagi di dunia ini. Betul kata-kata Nida dahulu, bila dia dah tiada barulah dirinya terasa menyesal.

“Erk, Balqis kenapa kau menangis ni?”

Soal Fiza. Risau melihat Balqis yang pengsan tiba-tiba. Bangun dari pengsan menangis pula. Kena santaukah. Fiza cuba membuat andaian sendiri.

“Assalamualaikum.”

Haji Waqiuddin memberi salam.

“Waalaikumussalam.”

Serentak mereka semua menjawab.

“Eh, apa yang dah berlaku ni?”

Soal Haji Waqiuddin melihat Balqis terbaring di sofa. Kelihatan tidak bermaya.

Baru sahaja Balqis hendak membuka mulut menjawab pertanyaan Haji Waqiuddin tiba-tiba matanya melekat pada sebatang tubuh yang berdiri tegap. Mata itu memandang tajam ke arahnya. Renungan yang sama seperti 4 tahun yang lalu.

Serta-merta Balqis berdiri dan menjerit.

“Hantuuuuuuuuuuu.”

Semua yang berada di situ terperanjat dengan jeritan Balqis bagaikan histeria itu. Semua memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Balqis.

“Eh, Balqis. Kau kenapa?”

Soal Fiza cemas melihat keadaan Balqis.

“Balqis, awak tak apa-apa ke?”

Soal Faiz risau.

“Pergiii. Jangan kacau saya.”

Jerit Balqis lagi.

“Awak dah mati. Jangan ganggu hidup saya.”

“Ya Allah, sebab ni ke kau pengsan tadi. Cik Balqis ni abang aku Faiz Fahimi. Yang dalam gambar tadi, kembar abang aku, Faiz Hakimi.”

Fiza menjelaskan keadaan yang sebenar.

Balqis diam seketika. Matanya lama memandang Faiz dan gambar itu silih-berganti. Memang sebijik.

“Dah puas renung saya?”

Faiz mengusik nakal.

“Lepas ni awak boleh tenung saya setiap hari. Jangan risau.”

Balqis hanya mencebik.

Keluarga Faiz memandang hairan mereka berdua. Mereka baru jumpa tak sampai 1 jam tapi macam dah lama kenal.

“Erk, apa abang merepek ni?”

Soal Fiza mula pelik dengan tindakan Faiz.

Faiz hanya tersengih menunjukkan giginya yang putih bersih.

“Abang jangan nak buat hal kat sini. Mentang-mentang la tinggal kat luar negara lama. Jangan nak tunjuk perangai buruk kat sini.”

Bebel Fiza lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience