BAB 4

Romance Completed 9490

Tanpa membuang masa, semua pelajar bergerak ke arah kumpulan masing-masing. Aku dan Nisa berpisah kerana berlainan kumpulan. Aku dan kumpulanku berbincang sesama sendiri mengenai aktiviti itu.

Rakan kumpulanku iaitu Qhairul berkata.

“Apa benda la yang dia orang nak, suruh buat benda yang bukan-bukan.”

“Kang aku buat hal kat sini, dia orang jugak yang susah.”

Tambahnya lagi. Rakan-rakanku yang lain hanya mengeleng kepala mendengar omelan Qhairul itu.

“Jam loceng!!”

Tiba-tiba Fifi menjerit. Semua terkejut dek jeritan Fifi yang berwajah kacukan Melayu-Cina itu.

“Hah? Wei, takde jam loceng kat sini, semua orang dah bangun pun. Ape la kau ni, ketinggalan zaman ke apa.”

Kata Farouk sambil ketawa geli hati.

“Bukan tu la maksud aku. Tu la kau, aku cakap tak habis lagi dah menyampuk.”

Bebel Fifi.

“Dah-dah, korang berdua ni suka sangat gaduh macam ayam dengan itik bunyinya.”

Kataku.

“Karang aku panggil tok kadi kasi kahwin baru tau.”

Ujarku lagi sambil menahan ketawa.

“Jangan!!”

Serentak Fifi dan Farouk menjerit. Kami sekumpulan ketawa bagai nak pecah perut melihat muka mereka macam ayam berak kapur takut kena kahwin punya pasal.

“Amboi-amboi korang, dah dapat ke cari jawapan tu. Sedap duk gelak-gelak nampak.”

Perli PM Haiqal.

“Hehe, belum lagi.”

Jawab Qhairul. Seraya itu PM Haiqal berlalu meninggalkan mereka. Mereka menghembuskan nafas lega kerana tidak dimarahi tadi.

“Tu la korang, gelak lagi.”

Kata Alex yang berbangsa Cina itu.

“Hah, Fifi apa yang kamu mau cakap tadi?”

“Ni haa, bagi aku la apa kata kita gunakan jam loceng yang bunyi bising tu buat kejutkan 200 orang. Tapi kalau jam saja tak cukup, so kita gunakan juga pembesar suara tu untuk kuatkan lagi bunyi jam tu. Aku rasa ok kot.”

Terang Fifi panjang lebar.

“Hmm, aku rasa betul jugak cakap Fifi tu.”

Kataku.

“Ada cadangan lain?”

Masing-masing mendiamkan diri memikirkan jawapan lain.

Akhirnya Qhairul berkata.

“Aku setuju dengan pendapat Fifi itu.”

Aku dan rakan-rakanku yang lain mengangguk tanda menyetujui pendapat Fifi itu.

“Aku ada jam loceng tu, biar aku naik ambil sekejap yer.”

Kata Fifi. Setelah itu Fifi berlari anak naik ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience