BAB 1

Romance Completed 9490

“Cepat la sikit! Korang ni lambat la, berjalan macam siput tak makan. Ni ke disiplin yang ada dalam diri kamu semua hah?!”

Tengking Faiz Fahimi yang di kenali sebagai pembantu mahasiswa disiplin dalam minggu orientasi pelajar-pelajar ijazah tahun pertama di Universiti Kebangsaa Malaysia dan juga merupakan pelajar jurusan perubatan tahun ke tiga. Tengkingan Faiz bagaikan guruh itu membuatkan semua pelajar terkejut beruk sehingga ada yang mengucap panjang.

Mereka bergegas ke khemah makanan yang di sediakan bagi mengambil makanan tengahari. Baru 3 hari minggu orientasi itu berlangsung, tapi sudah ada pelajar yang tak tahan kerana program ini membuli mereka habis-habisan.

Masa yang diberi untuk berehat tak lama dan tidur pun agak lewat. Tapi apalah daya mereka terpaksa mengikuti program ini selama seminggu. Satu hal lagi yang membuatkan mereka tak tahan ialah terpaksa berhadapan dengan “singa garang”, siapa lagi kalau bukan Faiz Fahimi tu. Berjalan lambat, makan lambat dan turun dari bilik lambat pun kena tengking. Panas telinga asyik mendengar tengkingan singa tak bertauliah itu.

“Hisy, geram btol la aku dengan ‘mat singa garang’ tu.”

Ujar Khairunnisa tidak puas hati sambil mengunyah nasi ayam.

“Hari-hari kena tengking, nak tercabut bulu telinga aku dengar. Wei, kalau hari-hari macam ni la, boleh arwah aku tau tak.”

Bebel Nisa lagi. Nisa memandangku sambil menagih simpati dengan penderitaannya yang satu ini.

Aku hanya tersenyum seraya berkata.

“Nisa, program ni ok apa, masa ni la kita nak tambahkan disiplin dalam diri. Nanti bila dah busy dengan kuliah dan aktiviti-aktiviti berkaitan, hah masa ni lah kita nak praktikkan apa yang kita dapat dari program ni.”

“Yelah Cik Balqis Athira, kau memang bijak berkata-kata. Aku bagi tabik spring kat kau.”

Kata Nisa sambil memberi tabik seperti polis.

Seraya itu mereka ketawa geli hati. Tanpa di sedari ada mata-mata yang memandang ke arah mereka.

“Tengok budak 2 orang tu, orang suruh makan mereka bergurau senda plak. Hisy, ni la dia contoh-contoh yang tak ikut arahan, pastu kata jadual ketat la, itu la ini la padahal management dalam diri tu yang kurang.”

Bebel Haiqal selaku pembantu mahasiswa bahagian makanan.

“Betul kata kau tu Haiqal, mereka ni memang patut di beri pengajaran, biar mereka tahu pentingnya disiplin, tak gitu Faiz?”

Kata Damia. Faiz hanya mengangguk mengiakan kata-kata rakan-rakannya itu. Matanya lama merenung pada wajah ayu yang tersenyum manis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience