BAB 21

Romance Completed 9490

Pinggangnya terasa dipeluk dari belakang. Hampir sahaja dirinya menjerit. Tapi pantas ada tangan menutup mulutnya.

“Ni abang la, sayang.”

Faiz risau Balqis menjerit di tengah malam tatkala semua orang nyenyak tidur.

Serta-merta Balqis terdiam. Lupa dirinya sudah menjadi isteri orang. Dadanya berdebar hebat. Dirinya hanya berdua dengan Faiz dan jaraknya sangat dekat. Terasa hembusan nafas Faiz di lehernya.

“Sayang, kenapa senyap jer ni?”

Soal Faiz kedengaran romantis sekali.

Dada Balqis berdegup kencang. Tangan Faiz mula mengelus lembut rambutnya.

“Err, takde pape la ab…”

Sukar untuknya menyebut panggilan khas untuk suaminya.

“Sayang, take your time for that words but i have a request from you.”

Faiz tersenyum nakal.

“What?”

Balqis menyoal.

“Ucapkan perkataan tu.”

Faiz memeluk erat pinggang Balqis.

“Perkataan apa?”

Balqis masih berpura-pura tidak tahu.

“Sayang ni kan. Ego la. Dulu waktu abang tunggu sayang luahkan perkataan tu, sayang buat tak tahu jer.”

Faiz pura-pura merajuk. Pegangan di pinggang Balqis dilonggarkan.

Balqis berpusing mengadap Faiz, suami tercintanya.

“Qis cintakan abang dan Qis tak nak berpisah dengan abang lagi. Cukup lah 4 tahun Qis menderita kehilangan abang macam tu.”

Akhirnya Balqis berjaya meluahkan isi hatinya.

Faiz tersenyum gembira lalu menghadiahkan kucupan dibibir Balqis.

Hidup mereka dihiasi kegembiraan dan berlandaskan kasih sayang. Semoga berkekalan selamanya. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah ianya hadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience