Bab 8

Romance Completed 7088

Setelah selesai menunaikan solat isyak, langkah aku panjang menuju ke arah bilik ibu, ingat hendak berbual dengan ibu, namun niat tersebut terpaksa aku batalkan apabila lihat ibu sudah terlena di atas katil tanpa berselimut. Aku berlari laju ke arah ibu dan membuka selimut yang sudah sedia ada di hujung katil dan menyelimuti tubuh ibu separas pinggang dan mencium dahinya. Setelah itu aku, aku perlahan-lahan melangkah keluar dan menutup pintu bilik ibu.

Di sebabkan ibu sudah tidur dan mata ini pun masih lagi segar, aku teringat akan buku “Ahmad Ammar” yang di beli 2 hari lepas. Aku terus membelek dan membaca setiap helaian muka surat buku tersebut. Alangkah bertuahnya arwah ahmad ammar kerana sebelum ajalnya, dia dapat mimpi bertemu bidadari syurganya. Aku begitu kagum akan sifat, akhlak dan usaha yang di lakukan sebelum arwah meninggal, begitu banyak kebaikan yang dilakukan semasa masih bernafas, walaupun usianya masih muda. Dengan membaca buku ini, aku dapat rasakan arwah begitu dekat dengan kita, dengan segala bakti yang dia lakukan. Namun, aku masih tertanya-tanya masihkan ada lagi orang muda yang seusia dengan arwah dapat meneruskan perjuangannya yang tertangguh. Melihatkan situasi anak muda sekarang yang begitu terpengaruh dengan pelbagai gejala, begitu sukar untuk mendapatkan seorang dalam seribu.

Dalam kekhusyukkan aku membaca buku ni, tiba-tiba aku teringat soalan Abqaree tentang perbualan aku dengan kak Emma siang tadi. Kenapa dia nak tahu dan adakah yang sebenarnya dia juga mendengar perbualan tersebut. Persoalan itu bermain di fikiran aku, walaupun pertanyaannya bersahaja, namun ada nada serius dalam getar suaranya.

“Apa yang awak dengan kak Emma bualkan tadi, saya terdengar macam serius saja, lepaskan tu siap ada burung pipit dan burung Enggang lagi?”

“Ohhh!!! Pasal yang tu ke? Eerm..ermm…tak da apa-apa pun…saja je kak Emma tanya warna burung tu warna apa? sebab anak Kak Emma nak kena warnakan untuk pertandingan mewarna kat sekolah dia, tu lah dia tanya?” Ishh…alasan mengarut apa lah yang aku bagi, janganlah biar dia tanya lagi, tidak masak aku dalam kereta nih, kenapa la lambat pulak nak sampai office ni. Desis suara hati ku.

“Oo.. ya ke? So awak bagi tahu tak warna apa burung tu?”

“Saya suruh dia google je, lagi pun saya tak ingat dah warna apa burung tu?”

“Oh, macam tu ya,? ok, fine!!!nanti saya jumpa kak Emma, saya beritahu warna apa burung-burung tu semua, saya memang terer bab-bab macam ni, sebab saya jenis yang pencinta alam. Sakatnya.

“Ohhh…yaa…bagus la…tu!!! Ermm…mmm…mmm…bos, nanti berhentikan saya kat depan pintu bangunan office ya, sebab saya nak pergi toilet, dah tak tahan dah nih?

“La kenapa nak berhenti kat sana, terus masuk kat parking dalam bangunan la, kan kat sana pun ada toilet juga, ke awak nak mengelak daripada apa ni, saya tengok awak macam tak senang duduk je dari tadi? Sakat Abqaree.

“Entah apa yang saya silap makan pun tak tahu tadi, rasa macam tak selesa je perut saya ni, bos?” Turunkan saya kat situ ya? Desak aku.

“Baiklah…baiklah!!!…nanti tak pasal-pasal ada bau wangi yang lain pulak kan?”.

“Bau wangi yang lain!!! Aku terpinga-pinga…hahhhhhh….ishhh bos ni, ada ke situ pulak, saya ni, bukan jenis yang suka melepas merata-rata. Saya orang yang beretika. Walaupun muka aku sudah merah padam waktu itu, ketika di kenakan oleh bos sendiri. Terburai ketawanya gelakkan aku. Ishh…apa yang lawaknya pun tak tahu. Marah aku.

Ini kak Emma la punya pasal, daripada dia sorang yang tahu, sekarang ni pun Abqaree dah mengesyaki aku menyembunyikan sesuatu. Tak pasal-pasal aku bagi alasan bodoh. Guman aku dalam hati.

Dalam hati, aku berdoa agar Abqaree tak akan tanya kak Emma berkenaan hal tersebut. Alhamdulillah, hari ini, aku bernasib baik sebab kak Emma terpaksa balik ke kampung kerana ada kecemasan, baru sebentar tadi, Rina daripada Jabatan Sumber Manusia memberitahu bahawa kak Emma mengambil cuti selama seminggu kerana tiba-tiba ayahnya di serang angin ahmar atau strok. Aku terus menelefon kak Emma untuk bertanya khabar dan mendoakan ayahnya cepat sembuh. Hal tersebut aku khabarkan kepada Abqaree ketika dia ingin masuk ke biliknya. Dia hanya menggangguk faham dan dari riak wajahnya ada riak kecewa, apakah mungkin di sebabkan perbualan aku dengan kak emma. Urrmmm…lantak lah, malas aku nak melayan, baik aku sambung kerja, lagipun siapa dia untuk aku, dan siapa aku untuk dia, yang pasti hanya hubungan majikan dengan pekerja. Gumam aku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience