Bab 9

Romance Completed 7088

Dua minggu setelah peristiwa tersebut, aku melihat sedikit perubahan berlaku terhadap Abqaree, tiada lagi gurauan dan senyuman yang di lemparkan untuk aku. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab, itupun hanya hal yang melibatkan kerja.

Yang menjadi kehairanan bagiku, sikap tersebut hanya kepadaku seorang, tetapi dengan staf yang lain sikapnya macam biasa. Apa masalah aku dengan dia nya. Malas la aku nak fikir, lantak dia lah. Tapi kalau buat tak tahu, tak boleh juga, sebab hari-hari aku kena mengadap muka dia. Nampaknya aku kena beranikan diri tanya dia apa masalah yang membuatkannya bersikap dingin dengan aku. Hal ini tak boleh tangguh, kena selesaikan hari ni juga sebelum dapat di hidu oleh kak Emma. Gumam hati ku.

Selepas waktu makan tengahari, kebetulan terdapat fail tender yang memerlukan semakan daripadanya, aku memberanikan diri berjumpa dengannya. Aku mengetuk pintu, dan dapat mendengar arahan dari dalam untuk masuk. Aku memulas tombol tersebut dan terus melangkah masuk. Dia hanya melihat seketika dan terus matanya kembali menghadap fail di hadapannya.

“Bos, ini ada fail tender yang perlukan semakan daripada bos dengan sekadar segera, sebab lagi tiga hari kita kena submit pada mereka.” Aku menghulurkan fail tersebut kepadanya. Namun tak bersambut.

“Awak letak je atas meja tu, nanti saya tengok, kalau dah siap nanti saya berikan kepada kak Emma. Ada apa-apa lagi ke? Kalau tak ada apa-apa awak boleh keluar?” Dia memberi arahan.

Ishh…berlagaknya..kau halau aku Abqareel. Tak apa Nur, sabar…sabar… Aku mati kutu di situ, antara hendak keluar dengan tak. Tapi kalau aku keluar sekarang, bila lagi aku nak tanya. Ahh biarlah dia nak marah atau tengking aku, ada aku kisah. Tanya tetap kena tanya. Muktamad.

“Baiklah, tapi sebelum tu….errr…errr…. bos, saya tak akan ambil lama masa bos, bagi saya 2 minit, saya nak tanya, apa yang bos tak puas hati dengan saya? Adakah kerja saya tak bagus? Adakah saya ada sakitkan hati bos dengan tak sengaja? Walaupun apa pun, sekiranya saya ada buat salah dengan bos, saya minta maaf dan sekiranya ianya berkaitan dengan prestasi kerja saya, sila bagi surat amaran atau memo. Itu saja. Sekian, dan 2 minit saya dah habis dan saya keluar dulu.” Huh! Bagai nak luruh jantung aku, tahan nafas dan bercakap selaju mungkin.

Aku terus melangkah keluar daripada biliknya. Sesampainya aku di muka pintu, nama aku dipanggil dengan serta-merta perbuatan aku terhenti.

“Nanti!!!! habis kerja tunggu saya kat bawah, kita dinner sekali, saya akan bagi jawapan akan persoalan tersebut?” sekiranya awak nak dengar jawapan saya, awak tunggu, kalau tak nak awak boleh balik terus, saya tak paksa.” Mendatar saya suaranya. Dan aku hanya menggangguk tanda faham sahaja, tiada persetujuan daripada aku, mahu pergi atau tak. Aku jadi ‘blur’ tiba-tiba. Sesampainya di meja aku, aku terfikir akan perkara tersebut, kalau aku tak ikut dia dinner macam mana aku nak tahu kenapa dia berangin dengan aku. Ahh lantak la, pergi je lah, daripada duk ‘peram’ lama-lama masalah ni, lagi susah ni pun kak Emma dah perasan perubahan sikap Abqaree dengan aku. Daripada lebih ramai yang tahu, baik aku settlekan benda ni awal-awal, nanti tak ada la duk menyemak kat kepala nih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience