Bab 15

Romance Completed 7088

Setelah 3 bulan mengikat tali pertunangan, kini kami telah disatukan, bukan saja penyatuan dua hati, namun juga penyatuan hubungan keluarga yang telah lama renggang kini telah bertaut kembali. Hubungan ibu dengan nenek sudah kembali jernih, dan nenek sudah menerima dan mengakui bahawa aku adalah cucunya, terima kasih Ya Allah kerana telah makbulkan doa ibu dan ini adalah hadiah yang terindah untuk hari bersejarah kami.

Solat maghrib malam ini, buat pertama kalinya dalam hidup aku, setelah bergelar status seorang isteri, aku berimamkan dengan seorang hamba Allah yang bergelar sang suami, seusai menunaikan solat berjemaah dia memimpin bacaan doa dan setiap doanya begitu terkesan di hati ini , selesai berdoa, aku mencium tangannya, dan beliau mengusap ubun-ubun ku beberapa kali dan mencium dahiku. Juraian airmata kami menjadi saksi betapa begitu bersyukurnya dengan apa yang kami rasakan saat ini. Begitu indah, tidak terungkap dengan kata-kata, semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat kami.
Akhirnya, setiap ranjau yang di tempuh dan di harungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran telah membenihkan sesuatu keajaiban yang tidak di sangka. Siapa sangka kini aku sah menjadi suri hidup dan makmum buat imamku, hero dunia akhirat Abqaree. Terima kasih Allah menghantarkan aku hero yang sempurna tiada cacat celanya an mengizinkan aku mencintainya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience