Bab 1

Romance Completed 7088

SIKAP orang kita yang begitu judgemental kurasa sudah di paras kronik. Tanpa usul periksa, kenal pun tidak terus menjatuhkan hukum dan meletak label di dahi si polan bin polan. Aku benci dan lelah pada sikap ini yang penuh dengan kebencian dan diskriminasi.

Apa, salahkah aku jika aku berbintikan Abdullah!!!salahkan aku jika ayahku bernama Abdullah!!! Adakah setiap insan yang berbinkan Abdullah, anak haram! Anak luar nikah! Anak tak sah taraf! Aku bukannya anak di tepi semak! Anak di tepi tong sampah! Aku ada ibu dan ayah yang melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Apa lagi yang mereka mahukan! Apa lagi perkataan dan hinaan yang menggambarkan diri kami. Salahkan ibu yang mengandungkan aku!!! Salahkan aku jika aku dilahirkan bukan tepat pada waktunya!!!”. Begitu banyak persoalan yang tiada titik penamat yang menjadi santapan pagi, tengahari, dan malam yang aku harus terima dan aku tiada jawaban akan persoalan tersebut untuk mereka ketahui.

Itulah keaadan yang aku terpaksa tempuhi zaman kecil ku sehingga ke hari ini yang penuh dengan cacian dan kebencian, namun aku bersyukur mempunyai seorang ibu yang berhati kental dan tabah menghadapi segala dugaan dan ujian yang mendatang. Semua ni adalah kerana aku berbintikan Abdullah, sedangkan rakan sekelas aku yang lain yang berbintikan Abdullah tidak pula menerima nasib yang sama, tapi kenapa aku!! Kenapa aku!!. Arghhh!! Sesaknya fikiran ini. Tapi, bersyukurnya aku, kerna setiap kata-kata pujukan Ibu memberi nyawa dan menjadi senjata untuk aku menepis segala tembakan peluru yang datang bertubi-tubi yang begitu sakit dan pedih rasanya suatu ketika dahulu. Kini aku sudah kebal dan lali dengan semua itu dan kami telan semuanya umpama manisnya seperti madu, walaupun pahitnya masih bersisa.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Nur’ Ain Syahirah binti Abdullah!!! Terkejut aku ketika nama aku di panggil oleh wanita berumur dalam linkungan awal 30-an. Kalut aku di buatnya, itulah Nur siapa suruh engkau berangan di siang hari. Getus hatiku.

“Ya, saya puan?”

“Sila ke bilik nombor tiga dan bawa semua dokumen dan sijil yang diperlukan dalam satu fail.” Arah wanita tersebut, barangkali setiausaha yang mengendalikan sesi temuduga tersebut. Aku hanya megikuti langkahnya dari arah belakang sehinggalah berhenti di pintu yang bernombor tiga. Debaran di dada semakin laju aku rasakan.

“Ya Allah! Kau permudahkan segala urusan ku untuk hari ini dan moga semuanya berjalan lancar. Aminn.

“Yakin Nur, you can do it!!

“Bismillahirramahnirrahim’. Aku memulas tombol pintu tersebut dan melangkah masuk dengan penuh yakin dan memberi salam sambil menghadiahkan sebuah senyuman untuk mereka yang ada dalam bilik tersebut. Terdapat tiga orang yang segak berkot, dua orang dalam lingkungan 50-an dan seorang lagi dalam lingkungan 20-an, boleh tahan kacak, tapi yang tak best kat mamak ni, serius je mukanya.

“Silakan duduk dan kenalkan diri anda?” Lelaki separuh umur itu memberi arahan. Sebelum duduk, aku menghulurkan fail kepada lelaki muda tersebut. Di hadapannya tidak di letakkan nama dan jawatan sepertimana dua lagi panel penemuduga tersebut.

“Terima kasih, tuan? Saya Nur’ Ain Syahirah binti Abdullah, berusia 24 tahun dan berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Selangor. Berkelulusan daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) dalam Jurusan Kejuteraan Awam.

Selepas selesai memperkenalkan diri dan memberitahu perkara yang wajib, di pertengahan sesi temuduga, aku terkejut dengan soalan yang di ajukan oleh panel penemuduga yang muda tersebut.
“Are you married? Engaged?” Tanya lelaki muda tersebut tiba-tiba dan sedari tadi aku perasan dia hanya memandang dan memerhati sahaja sesi interview tersebut berlangsung.

‘Belum lagi, encik? Ishh dia ni, dah kenapa? Tak tengok ke resume aku, aku tulis single. Getus hatiku.
“Apa yang belum lagi? Berkahwin atau bertunang?.” Duga lelaki tesebut.

“Semuanya belum dan saya masih hak milik kekal ibu bapa saya sepenuhnya!!” Choiiiiii! kecut perut aku, tiba-tiba tanya soalan macam ni, agak-agak la, ingat nak tanya pasal jawatan yang di pohon ke apa? Betul la kata abang dan kakak senior universiti aku sebelum ini, lain orang lain pendekatannya dalam sesi temuduga. Kadang-kadang kita tak boleh nak duga apa yang mereka nak tanya. Itulah serba sedikit yang di ceritakan oleh kakak senior semasa beliau menghadiri sesi temuduga.

“Ok, that’s good!!”

“Awak jangan salah faham, saya tanya semua itu, sebab saya tak mahu pekerja yang ingin bekerja dengan syarikat ini, selalu memberi alasan tak datang kerja, masuk lambat sebab ada komitmen dengan keluarga, walhal benda yang remeh-temeh je, sengaja bagi alasan pasal keluarga, tunang, boyfriend lah, awak faham kan maksud saya?. Terangnya dengan suara yang tegas dan jelas.

“Faham Encik!!”.Insyaallah saya akan pastikan semua itu ‘under control’…Oii..masaklah aku kalau aku dapat kerja ni, mati ‘stress’ tahap gaban la aku kalau di takdirkan berkerja bawah dia. Desis aku sendiri.
Dan sesi temuduga tersebut di teruskan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Hampir 30 minit juga sesi temuduga tersebut dan akhirnya aku dapat menarik nafas lega dan aku hanya perlu menunggu panggilan telefon dan surat sahaja sekiranya aku berjaya dalam sesi temuduga tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience