Bab 3

Romance Completed 7088

Selepas solat isya’ aku ke ruang tamu, niat di hati nak layan Slot Lestary kat TV3, namun niat aku tergendala, tatkala kaki aku melangkah melalui bilik ibu, aku melihat ibu masih berteleku di atas sejadah sambil menadah tangan untuk berdoa. Setiap bait-bait doa ibu kedengaran dengan jelas di gegendang telinga ku, begitu syahdu dan berselang-seli sedu yang tertahan-tahan didalam dadanya.

“Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..Ampunkan lah dosa-dosa ku, dosa-dosa kedua-dua ibu bapa ku,keluarga mertuaku, dosa-dosa anak ku, dosa-dosa mereka yang telah memfitnah dan mengumpat, mencaci kami dan tiada daya upaya kami untuk menghalang cacian mereka melainkan mendoakan kesejahteraan hidup mereka dan semoga dosa-dosa mereka diampunkan. Ya Allah, engkau jauhkanlah anak ku Nur’ Ain Syahirah dari umpatan dan kejian mereka yang tidak berpuashati dan bersangka buruk dengan kami, jadikanlah ia anak yang solehah,berkatilah hidupnya, murahkan rezeki ke atasnya dan semoga dia mendapat pendamping hidup yang dapat membimbingnya dunia dan akhirat, sekiranya ajal akan menjemputku lebih awal, aku nak melihatnya di limpahi kegembiraan dan kebahagiaan kerna telah banyak kedukaan yang telah dia lalui masa kecilnya ketika bersamaku. Ya Allah engkau lembutkanlah hati Ibu mertuaku, semoga dia dapat menerima kami dan mengakui anakku itu adalah cucunya sebelum mataku tertutup. Hanya padamu lah aku memohon dan aku redha dan tawakal atas segala-galanya. Robbana Aa’tiina fil dunya hasana taw wa kii’naa aza bal nar. Hasbi Ya Allah, Wani’mal wakeel, ni’mal maula, wani’mal nashir. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Tanpa aku sedari, airmata ku membasahi kedua pipi ku, esakkan terpaksa aku tahan, tatkala melihat ibu menyapu air matanya yang telah membasahi pipi dan telekungnya. Inilah kelemahan yang aku tak dapat sorok di sebalik ketegasan diriku, tatkala melihat ibu mengalirkan airmata, hati aku terus dirudum kesedihan, pilu dan perasaan aku bagai dicarik-carik melihat airmatanya gugur membasahi pipi bersihnya itu. Setiap kali aku melihat ibu menangis secara sembunyi, begitu berkeinginan untuk kaki aku melangkah mengelap airmatanya, memeluknya namun aku tidak berdaya, sebab ibu seorang insan berjiwa kental dan tidak mahu anaknya melihat kesedihan dan beban yang di tanggungnya.

Aku cepat-cepat melangkah masuk ke bilik ku, khuatir kehadiranku di situ di sedari ibu. Sampai di bilik aku merebahkan badan di atas katil, mataku tepat memandang kipas yang berpusing laju dan berfikir masa depanku dan bagaimana pengakhiran hidupku, adakah akan “happy ending” seperti dalam drama, filem dan novel. Ah! Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hidup kita yang harus di tempuh hari-hari. Jangan jadikan hidupmu terpengaruh dengan plot cerita yang direka-reka oleh manusia yang mempunyai imaginasi yang bagus dalam mengarap sebuah jalan cerita untuk menghiburkan kita sepertimana dalam novel dan filem yang pengakirannya adalah bahagia sedangkan realitinya kita tidak dapat nak meramal apa yang akan berlaku esok, lusa dan hari-hari seterusnya kerna ajal, maut, jodoh dan rezeki adalah daripada-NYA.

Tiba-tiba aku tersedar dari dunia khayalanku, setelah mendengar pintu bilik di ketuk. Dan setelah itu, pintu bilik di kuak dari luar, namun aku terus memejam mata berpura-pura tidur, kerana aku tidak mahu ibu melihat mata aku yang masih merah sebab menangis tadi.

“La, dah tidur rupanya budak ni, patutlah ibu ketuk pintu pun tak bersahut. Ni mesti letih sangat pergi interview tadi.” Bebel ibu.

Setelah ibu menyelimutkan aku dan membetulkan kedudukan kepala ku di bantal, ibu mencium kedua-dua pipiku dan ubun-ubunku yang merupakan amalan yang sering dilakukan ibu daripada aku kecil sehingga sekarang setiap kali aku tidur dan dia memadamkan suis lampu dan melangkah keluar meninggalkan dari bilik ku.

“Maafkan Nur ibu, sebab Nur sudah menipu ibu dengan berpura-pura tidur.” Luah ku. Sekali lagi aku menangis dan tidurku terus terlena dalam terbuai esakan.

Setelah seminggu selepas interview tersebut, aku dan ibu sedang bersenang-lenang di sudut tepi meja yang di letakkan berhampiran pokok mangga di hujung pagar rumah sambil menikmati cekodok pisang dan air kopi.

Dengan berseleranya aku menikmati hidangan tersebut, tiba-tiba terdengar bunyi enjin motosikal dari luar pintu pagar rumah dan aku berlari melihat ke arah pagar tersebut dan ternampak posmen sedang meletakkan beberapa pucuk surat di dalam box tersebut. Aku terus berjalan dan menghampiri box tersebut dan mengeluarkan surat-surat tersebut. Dan salah satu surat tersebut adalah surat aku. Aku terus membukanya dan terbuntang luas mata aku saat melihat isi surat tersebut. Aku terus berlari mendapatkan ibu dan terus memeluknya. Ibu terpingga-pingga melihat kelakuan aku.

“Ibu! Nur dapat ibu! Nur dapat!! Alhamdullillah Ya Allah, kau permudahkan segala urusanku dan mengurniakan rezeki untuk ku dan mengabulkan doa kami.” Amin.

“Alhamdullillah, Nur! Bila Nur kena lapor diri nih.” Tanya ibu untuk mendapatkan kepastian.

“Isnin minggu depan bu, harap-harap semuanya berjalan lancar.”

“InsyaAllah, mudah-mudahan. Dah jomlah kita masuk, nanti ibu masakkan makanan kegemaran Nur ya! Kita raikan!!

“Terima kasih bu, Nur sayang ibu!!”.

“Ibu pun sayang Nur juga! Nur lah satu-satunya harta yang ibu ada kat dunia ini”. Tiba-tiba terasa sayu pula bila ibu berkata begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience