Bab 5

Romance Completed 7088

Seusai, Encik Abqaree menunaikan solat, kami keluar menuju ke lif dan terus memanjangkan langkah ke tempat parking. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut kami, aku hanya membuntutinya dari arah belakang dan tanpa aku sedari, aku telah melanggarnya, dan membuatkan badan aku hampir terjatuh, tapi nasib baik, dia sempat menyambut, kalau tak cium lantai simen la aku malam ni. Terasa panas pipi aku, degupan jangtung terasa cepat degupannya ketika dia menyambutku, mata kami bertentangan dalam tempoh 15 saat kami rasa, namun cepat-cepat aku memalingkan mata ke arah lain. Dan dia pun berbuat demikian, sambil meleraikan tangannya, dan kami terus masuk ke dalam kereta. Ya, Allah, malunya aku!!!

Hampir 10 minit, kereta meluncur keluar dari bangunan tersebut, tapi kami masih lagi membisu, tiada sepatah kata yang keluar. Kesunyian tersebut terganggu ketika mana telefon aku berdering minta di angkat. Aku terus mengangkat deringan tersebut selepas melihat nama ‘ibu’ yang terpapar di skrin telefon. Senyumanku terukir di bibir.

“Hello, assalamualaikum, Nur? Nur masih kat ofis lagi ke?” Tanya ibu.

“Nur dah ‘on the way’ balik dah nih, lagi 15 minit Nur sampai.” Aku membalas pertanyaan ibu.

“Nur, balik dengan teksi ke?” Tanya ibu sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Tak, bos Nur, tolong hantarkan balik, ibu jangan risau, sekejap lagi Nur sampai rumah, In sya allah tak da apa-apa. Okay la bu, nanti kita jumpa kat rumah ya, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Selepas mendengar ibu membalas salam, aku terus mematikan telefon tersebut.
Aku terus menumpukan ke arah jalan, takut Abqaree tersilap masuk simpang menghala jalan ke rumah. Lagipun jalan ke rumah banyak simpang perlu di lalui.

“Ibu, awak ke yang telefon tadi?” Tanya Abqaree untuk menghidupkan suasana yang sunyi sepi.
“A’ah, ibu saya, dia risau saya tak sampai kat rumah lagi,”. Aku membalas pertanyaannya.

Sorry, sebab saya awak terpaksa balik lewat, Nur?

“Tak ada apa lah bos, buat apa nak minta maaf, dah jadi tanggungjawab saya bantu bos, lagi pun itu kan kerja saya, no hal la. Aku begitu cermat menyusun ayat.

“Siapa lagi yang tinggal kat rumah itu?” tanya En.Abqaree.

“Saya dan ibu saya je?”

“Ayah awak?

“Dah lama dah meninggal , masa saya kecik lagi, lagi pun saya tiada adik-beradik yang lain dan saudara-mara yang ada pun tinggal jauh.”

“ Sorry!! Saya tak tahu?

“Tak ada apa pun bos, lagipun benda dah lama, saya pun dah terima takdir dan ketentuan illahi.” Walaupun ada getaran di suara ku ketika membalas pertanyaannya.

“Bos, simpang depan sana nanti belok ke sebelah kanan ye?”. Lagipun rumah saya dari simpang tu dah tak jauh dah, nanti bos turunkan saya kat simpang itu je”.

“Kenapa pulak, saya nak turunkan awak kat simpang sana, kan saya dah janji tadi yang saya akan hantar awak sampai depan rumah awak? Lagi pun ini tak susahkan saya pun, dan ini adalah tanggungjawab majikan seperti saya untuk memastikan pekerjanya selamat sampai ke rumah, kerana terpaksa bekerja ‘overtime’ untuk siapkan kertas kerja.” Tegasnya.

Aku hanya mengganguk tanda faham. Tidak sampai 5 minit dari simpang itu, akhirnya aku sudah sampai di hadapan rumah. Dan terlihat ibu sedang menunggu kepulanganku di luar pintu rumah. Selepas itu ibu berlari anak untuk membuka pintu pagar.

“Untung awak Nur, ada ibu yang sanggup tunggu anaknya pulang.”Ungkap Encik Abqaree tiba-tiba.

“Of course la, sebab saya adalah satu-satunya pengarang jantung hatinya, dan dia pula adalah satu-satunya ratu hati saya, dan kami saling melengkapi dan amat memerlukan antara satu sama lain.” Aku membalasnya dan terus membuka pintu kereta dan mendapatkan ibu dan begitu juga dengan Encik Abqaree.

“Terima kasih Encik, sebab hantar anak mak cik balik”.

“Apa pulak berencik-encik mak cik, panggil je Abqaree. Tak ada apa la mak cik, lagi pun salah saya sebab suruh Nur kerja lebih masa sebab nak siapkan kertas kerja.” Encik Abqareemerendah diri.

“Jemput la masuk dulu, Abqaree? Boleh basahkan tekak secawan dua.” Pelawa ibu.

“Tak pa la mak cik, lain kali? Lagipun dah malam ni, saya pergi dulu ya mak cik, Nur?

Encik Abqaree meminta diri.

“Terima kasih bos sebab hantarkan saya?”.

“Sama-sama?”

“Baik kan bos Nur tu, sopan-santun, kacak, baik budi pekertinya, susah nak dapat majikan yang macam tu? kalau jadi menantu ibu nih, alahai bertuahnya ibu.” Bebel ibu.

“Ada-ada lah ibu ni? Baru sekali jumpa, itupun tak sampai 5minit, dah puji melambung, nasib baik si tuan badan tak dengar, kalau dengar, silap-silap kembang ekornya dengar pujian ibu ni”.

“Kalau kembang ekor tak pe, jangan kembang sayap, susah ibu nak cari, bila terbang jauh?”. Ibu berseloroh.

“Buat lawak pulak ibu ni?” akhirnya pecah juga ketawa aku melihat kelatah ibu. Kalaulah setiap hari kami macam ni, alangkah bahagianya. Tapi…? sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kehidupan yang akan kami harus lalui setiap hari yang kita tidak tahu kemungkinan yang akan berlaku, semuanya yang di atas yang tahu segala-NYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience