Bab 12

Romance Completed 7088

Dua minggu selepas lamaran tersebut, Abqareememberitahu bahawa beliau akan menghantar rombongan meminang lagi seminggu daripada sekarang. Alangkah terkejutnya aku, ishh… suka betul la si Abqaree ni buat orang sakit jantung, last minute baru nak cakap, kenapa tak cakap masa hari nak datang, confirm pengsan terus aku. Omel aku dalam hati.

“Datuk dan datin ada sekali ke? Tanya aku mendapatkan kepastian.

“Confirmlah dia orang ada, dah anak dia yang nak nikah kan.”

“Bukan macam tu, awak dah bagi tahu dah ke, latar belakang saya, saya tak nak awak sembunyi hal saya daripada pengetahuan mereka, saya tak mahu lepas ini ada perkara yang berbangkit dan ada hati yang terluka.” Terang Nur bersunguh.

“Nur!!! panggil Abqaree, sambil meraih tanganku dalam pegangannya. Yang sebenarnya, saya dah bagi tahu hal ini kat mak ayah saya, ayah saya tiada halangan, namun terus terang saya katakan, mama saya perlukan masa untuk menerima ini semua, tapi saya sudah yakinkannya bahawa awak lah orang terbaik untuk saya, percayakanlah saya, mama saya memang macam tu, tapi sebenarnya dia baik. Kalau awak nak tahu Nur, orang yang kita nampak kat Restoran hari tu adalah orang upahan mama saya, dia upah orang untuk ambil tahu siapa orang yang sekarang ni yang rapat dengan saya. Rupa-rupanya dia sudah tahu asal usul awak, dia telah menyiasat terlebih dahulu dan belum sempat untuk saya ceritakannya sendiri. Saya harap awak tak ambil hati dengan apa yang telah mama saya lakukan Nur.”

Alangkah terkejutnya aku, rupa-rupanya Datin telah menyiasat terlebih dahulu latar belakang aku. Tapi adakah dia boleh menerimanya.

“Nur!!! Nur!! panggil Abqaree setelah lama aku senyap tanpa berkata-kata. Begitu risau dia takut aku terluka. Aku hanya tersenyum untuk membuatkannya lega.

“Saya percayakan awak, dan saya percaya akan jodoh dan pertemuan yang telah di tetapkan. Baiklah, kita harungi ranjau ini bersama, mudah-mudahan akan ada jalan penyelesaian terbaik untuk kita semua.” Semakin kejap tautan tangan kami, bagai berjanji pasti bahawa kami akan bersama-sama menghadapi kesukaran ini biarpun ombak pantai membelah benteng tersebut, namun yang pasti cinta kami tetap teguh bersemi melainkan ajal memisahkan kami terlebih dahulu.

Setelah menyampaikan hajat Abqree untuk menghantar rombongan meminang kepada ibu dan ibu pun tiada halangan akan perkara tersebut dan ibu akan memaklumkan kepada sanak saudara di sebelah ibu untuk hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut.

Kenapalah aku asyik memikirkan apa yang di cakapkan oleh Abqaree pada petang tadi masih terngiang-ngiang di benak fikiran. Nampaknya aku harus berjumpa datin untuk menerangkan duduk perkara yang sebenar supaya beliau tidak salah anggap terhadap aku. Ya Allah engkau permudahkan urusan kami dan moga hubungan kami mendapat restu daripada kedua-dua pihak. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience