Bab 6

Romance Completed 7088

Selepas peristiwa malam itu, hubungan aku dengan Encik Abqaree semakin baik, dan semakin kerap kami keluar bersama kalau ada urusan rasmi mahupun sekadar untuk “lunch”, tetapi kadang-kadang aku terpaksa tolak ajakan beliau untuk lunch atau menghantar aku pulang supaya staf yang lain tidak mengata atau bergosip tentang kami. Tetapi semakin aku menolak, semakin dia mendesak, lastly, aku terpaksa turutkan dengan rela hati, sebab aku tidak sanggup untuk melihat wajah kecewanya. Permainan hati pula yang tersangkut.

“Nur, jom keluar lunch?” ajak kak Emma.

“Maaflah kak Emma, hari ni tak kot, esok kita lunch sekali ye.

“Kenapa? Ke hari ni, dia tu ajak engkau lunch lagi ke?” sambil kak Emma menuding jari ke arah bilik orang yang di perkatakan. Namun dapat di lihat kak Emma yang tersengih-sengih macam kerang busuk lagaknya.

Aku hanya mengangguk sahaja, mengiakannya.

“Engkau dengan bos ada apa-apa eh?” Baik engkau cerita kat akak, confirm akak boleh pegang rahsia punya…lagi pun rahsia bos semua tersimpan kat dalam poket akak nih hah, apa orang kata “kemah-keming, rapat jik”. Beritahunya bersungguh-sungguh.

“Alah, memandai-mandai la akak nih, betul kak, kita orang tak ada apa-apa hubungan special pun, setakat hubungan staf dengan bos je, akak jangan nak serkap jarang ye, nak gosip-gosipkan kita orang. Macam la akak tak tahu, saya ni siapa, dia tu siapa, mana boleh si pipit nak terbang sekali dengan si enggang. Lagi pun akak tau kan pasal latar belakang Nur kan.” Sahaja aku memulangkan paku buah keras kepada kak emma.

“Alahai, adik akak sorang nih, merendah diri la pulak, ala..la..la..la…meh dekat sikit akak nak perturunkan ilmu mengorat nih, dah kita tak cuba mana nak tahu kan? Cuba Nur bayangkan kalau si pipit tu Nur, akak confirm la, mana-mana enggang yang ada kat alam ni, mesti nak terbang sekali dengan si pipit tu, sebab apa Nur nak tahu? Sebab pipit tu baik dan cantik sangat macam Nur, lagi pun bagi akak la, semua itu, bukan salah Nur, Nur hanya mangsa keadaan.” Lagipun siapa mereka tuh, nak jatuhkan hukuman kepada kita, mereka pun hamba Allah juga yang ada baik dan buruknya juga, ingat tuh?”.

“Ishh!!! Akak ni kan ada ke samakan Nur dengan pipit, dah la, pergi!!!pergi!!!nanti lambat pulak akak nak lunch, kalau duk melayan benda nih, sampai esok pun tak habis, cuba akak tengok kat luar sana, semua orang dah keluar, tinggal kita je tau. Sahaja aku menukar topik, sebab aku tak mahu lagi ingat benda boleh membuatkan aku sebak tiba-tiba.

“Okay lah, akak keluar, nanti habis lunch kita sambung balik ye. Jangan nak feeling-feeling sedih tau, nanti tak cantik pulak adik akak nih nak ‘lunch date’ dengan ‘hensem boy’ kat ofis ni tau.” Sambil dia menarik tombol pintu yang sudah sedikit terbuka, namun alangkah terkejutnya Kak Emma, bila mendapati, bos mereka berada di sebalik pintu tersebut.

“Hai bos, nak keluar lunch ke?” Sapa Kak Emma. Namun sempat juga Kak Emma menoleh ke belakang untuk melihat reaksi aku. Namun aku hanya bersahaja, supaya dapat melindungi perasaan sebenar aku.

“Ya, saya nak lunch, jom…join us? Pelawa bos.

“Tak pa la bos, lagipun hari ni, saya ada lunch date dengan suami saya, dia dah ada pun kat bawah tu, ok la saya pergi dulu, enjoyed it. Terkedek-kedek dia melangkah, aku hanya menguntum senyuman melihat telatah kak emma.

“Ohhh!! Ok, nanti kirim salam kat suami kak emma ya?”Pesan bos.

“Shall we? Pelawa Abqaree.

Oh…ok?

Setelah jauh, kak emma meninggalkan kami, aku terus mencapai beg dan terus melangkah keluar dan berjalan beriringan keluar menuju ke lif dan seterusnya ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience