Bab 2

Romance Completed 7088

Assalamualaikum Ibu!! Aku terus berlari mendapatkan ibu yang sedang membasuh pinggan di sinki. Aku memeluknya dari belakang, bahagianya rasa dan damai dan tenang je kalau dapat peluk ibu hari-hari, rasa macam semua masalah hilang. Punya banyak aliran positif dalam badan ibu aku nih.

“Nih, kenapa tiba-tiba peluk ibu? Macam mana interview tadi?”. Tanya ibu.

“Alhamdullillah ibu semua ok?” Aku menunjukkan tanda “thumbs up” sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“InsyaAllah, kalau dah tertulis rezeki Nur kat situ, dapatlah kerja tu, kalau tak dapat juga, mohon lagi kat tempat lain, jangan berputus asa, Nur ingat lagi tak sepotong hadis yang bermaksud,“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Pesan ibu. Aku hanya menggangguk dan tersenyum sahaja mendengar nasihat dan kata-kata semangat daripada pengarang jangtung hatiku yang satu-satu yang aku ada kat di dunia ini.

“Dah makan belum, ni?” tanya ibu, membuatkan aku tersedar daripada lamunan.

“Belum lagi, lapar ni ibu? ibu masak apa hari ni? Bau macam asam pedas ikan pari je!”Aku terus ke meja makan dan mengangkat tudung saji, memang betul telahan aku, ibu masak asam pedas, memang kecur air liur aku, boleh bertambah-tambah nasi ni.

Ibu macam tahu je niat aku, dia terus menceduk nasi ke dalam pinggan dan suakan ke arah aku, aku apalagi umpama “ orang menyorongkan bantal”…melantak la…heheh

Ibu hanya tersenyum melihat keletah anak daranya yang sorang ni.

“Ishhh, budak ni, kalau makan tu jangan gelojoh sangat, boleh tak? nanti tersedak baru tahu,” tegur ibu.

“Alah, ibu ni, macam tak tahu, Nur kan selalu macam ni, kalau ibu masak asam pedas favourite Nur, memang Nur tak ingat dunia kan…!!

“Ya la tu, ada saja dia nak membalas cakap kita nih, ermm…Nur makan la dulu ya, ibu nak pergi solat Zohor sekejap, nanti Nur kemaslah la ya, ibu masuk bilik dulu.”

“Baik, Madam Ti, tabik hormat!! Dari kiri cepat jalan.” Sempat lagi aku mengenakan ibu.

“Ada-ada je budak ni! Nanti lepas makan, jangan lupa solat tu, jangan perut kenyang, hati senang, nanti duduk melengkar kat depan tv pulak.” Pesan ibu.

“Yelah Madam, arahan di terima.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience