Bab 13

Romance Completed 7088

Langkah aku laju menuju ke pintu lif dan menekan punat naik untuk ke tingkat atas yang menempatkan bilik Pengarah Urusan. Harap Datin adalah kat ofis hari ini, lagi pun Datuk dan Abqaree tiada kat ofis kerana bermain golf untuk berbincang hal kerjasama untuk Projek yang baru. Dan inilah masa yang sesuai untuk aku bersemuka dengan Datin secara peribadi. Setelah sampai di meja Setiausaha Datin, aku menyampaikan hasrat untuk berjumpa dengan Datin setelah memastikan Datin tiada urusan yang penting pada pagi ini.

Butang interkom di tekan, dan aku dapat mendengar arahan daripada Datin untuk aku masuk ke biliknya dan beliau memberitahu setiausahanya supaya tidak mengganggu kami dan ada sesiapa yang ingin berjumpa dengannya hendaklah selepas makan tengahari.

“Assalamualaikum, Datin?”

“Wa’alaikumussalam, Nur’ Ain kan? silakan duduk?” Arah Datin.

“Terima kasih.”

“Sebelum itu, datin? Saya nak minta maaf sangat kalau kedatangan saya pagi ini mengganggu tugas Datin tetapi saya harus berjumpa dengan Datin untuk ceritakan hal yang sebenar supaya dapat menjernihkan keadaan yang keruh dan genting ketika ini. Saya pasti Datin sudah sedia maklum tentang hubungan saya dengan Encik Abqaree kan? Saya tahu Datin tidak dapat menerima saya dan saya pasti Datin sudah pun mengetahui tentang diri saya yang sebenar.”

“Saya tak akan teruskan hubungan ini dengan Encik Abqaree, sekiranya saya jadi punca perbalahan antara Datin dan juga Encik Abqaree, saya dengan rela hati akan mengundurkan diri.” Datin hanya mendengar dengan penuh perhatian apa yang aku sampaikan, beliau tidak mencelah sedikit pun, mungkin beliau nak mendengar penjelasan aku terlebih dahulu. Telah ku.

“Walaupun awak akan terluka, Nur?” celah Datin.

“Saya sanggup, sebab saya sudah kebal dengan perasaan yang terluka, tapi paling penting, saya kena sedar kedudukan saya.’’ Jawabku.

“Macam ini lah, biar saya berterus terang, memang pada mulanya saya tak dapat menerima awak dan teramat marah setelah saya mengetahui siapa diri awak yang sebenar? Sebab saya rasa ego saya akan tercabar sekiranya saya bermenantukan awak dan apa pandangan rakan niaga saya yang lain setelah mengetahui status dan taraf awak sebagai anak luar nikah. Dan adakah awak sengaja menggoda anak saya hanya untuk kekayaannya sahaja atau awak ikhlas berkawan dengan anak saya. Saya tak suka orang yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Dan untuk mengetahuinya, saya mengupah orang untuk mengikut setiap gerak-geri awak untuk melihat sejauh mana keperibadian awak, kerana sebagai seorang ibu, saya tak nak anak saya kecewa di kemudian hari. Awak faham kan maksud saya Nur?”.

“Saya faham Datin, lagipun saya tahu saya tak layak untuk anak Datin? Siapalah saya jika nak di bandingkan dengan anak Datin. Tapi untuk pengetahuan Datin, saya ikhlas berkawan dengan anak Datin, tiada sekelumit pun niat saya untuk mempermainkan perasaan anak Datin dan memandang akan harta dan kekayaannya. Saya sudah bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ni, tetapi saya hanya ingin berkongsi kasih dengan orang yang begitu mengharapkan cinta saya dan saya tak boleh untuk menolak kerana cintanya begitu ikhlas terhadap saya walaupun beliau mengetahui siapa saya.”
“Tetapi, saya juga ada prinsip Datin, saya tak mahu hubungan saya tiada restu orang tua, lagipun saya tak mahu hal yang berlaku kepada ibu saya, berlaku kepada saya pula. Begitu perit hidup di benci oleh keluarga mentua dan di hina. Saya tidak secekal ibu saya yang dapat berhadapan masalah tersebut. Sekiranya boleh di undur lebih awal, saya akan berundur supaya tidak ada perasaan yang terluka di masa hadapan.”

“Awak pastikah tiada yang terluka? Bagaimana dengan anak saya?”. Soalnya.

“Saya pasti Encik Abqaree faham situasi ini, mungkin dia akan terluka pada awalnya, tetapi saya pasti, Datin akan buat yang terbaik untuk memastikan anak Datin kembali seperti sediakala, lagipun mawar bukan sekuntum, masih banyak lagi mawar yang cantik, elok di jaga, di bajai dan di siram setiap hari untuk kekal berbunga dan mewarnai kehidupan kita.”

“Baiklah, Datin? Saya harap Datin dapat rahsiakan hal ini daripada pengetahuan Encik Abqaree, saya tak mahu dia rasa susah hati dan berbelah bagi, kita buat macam biasa dan saya akan perlahan-lahan lari daripadanya.” Pintaku buat terakhir kali.

“Kalau macam itu, saya nak rombongan minggu depan berlangsung seperti yang di rancang, seperti yang awak bagi tahu saya tadi, kita buat macam biasa, macam tiada yang berlaku, supaya tiada siapa yang syak, selepas itu kalau awak nak mengundur diri, saya tiada halangan, lagi pun saya tak mahu apa yang telah di rancang sebelum ini menjadi sia-sia dan saya tak mahu mengecewakan hati anak saya, Abqaree. Saya harap awak faham situasi saya sebagai orang korporat dan perlu menjaga maruah kami di khalayak ramai.” Tegasnya.

“Baik, Datin! saya faham.” Aku melangkah keluar dengan perasan yang lega walaupun dapat meluahkan apa yang menyesakkan di fikiran ini, namun di hati, aku rasa amat perit dan pedih sekali. Ya Allah, adakah apa yang aku lakukan ini betul? Sekarang Persoalan itu bermain di fikiran, terlajak perahu boleh di undur, tapi terlajak kata dan janji aku dengan Datin, tidak mungkin dapat di undur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience