Bab 7

Romance Completed 7088

Di dalam kereta, tidak banyak yang kami berbual, hanya beberapa perkara yang berkaitan dengan kerja. Setelah 15 minit membelah jalan raya, kami telah sampai di sebuah restoran masakan melayu. Time macam ni, memang ramai kakitangan swasta dan kerajaan datang menjamu selera di sini. Biasalah kalau dah selalu sangat restoran masuk tv, memang popular. Kami bernasib baik, kerana Abqaree telah buat tempahan meja terlebih dahulu, so tak ada la kami nak berebut untuk mendapatkan meja. Setelah makanan di hidangkan, kami menjamu selera, sekali sekala aku menjeling ke kiri dan kanan, apabila merasakan ada mata yang memandang ke arah kami. Namun ketidakselesaaan aku di perhatikan oleh Abqaree.

“Kenapa Nur? gelisah je saya tengok awak? Tak sedap ke makanan kat sini.”

“Ehh…sedap lah, bos? Tapi……?” ayat aku tergantung nak bagitahu ke tak dia nih.

“Tapi…….apa?” tanya Abqaree penuh tanda tanya.

“Saya rasa macam ada orang tengah perhatikan kita la bos, cuba bos tengok di sebelah kiri kita tu, meja kat hujung sana tu, semacam je saya tengok.” Beritahu aku.

“Mana….yang tu ke?” Abqaree bertanya untuk mendapatkan kepastian.

Aku hanya mengangguk mengiyakannya.

“Bos kenal tak mereka tu?” tanya aku untuk dapatkan kepastian.

“Tak? Awak kenal ke mereka tu?” Tanya Abqaree.

“Saya lagi la tak kenal bos!!” Begitu pasti aku memberi jawapan akan pertanyaannya.

“Kalau macam tu, saya pergi tanya? Kenapa dia curi-curi pandang kita.” Serius je reaksi bos.

“Ermmm….Tak payahlah la bos, biarkan mereka, mungkin saya silap tengok kot, mungkin dia perhatikan kat tempat lain, tengok tu, mereka dah nak beredar dah pun, biarkanlah.” Aku cuba menahannya dan tak mahu kecohkan keadaan. Lagipun sekarang ni, kawasan awam, kalau mereka ada niat yang tak baik, mereka tak akan lakukan di tempat macam ni. Telahku.

“Baiklah, tapi apa-apa pun, awak kena berhati-hati, sekarang ni macam-macam cara penjahat nak cari mangsa.” Nasihatnya.

“Yelah, tak payah risau la bos, lagi pun saya ada tali pinggang hitam, sekali saya buka langkah, semua kecut perut.” Aku cuba untuk menceriakan suasana yang sedikit tegang.

“Huh!! Dashyat betul awak Nur, saya satu pun tak ada tali pinggang hitam, melainkan belt yang saya pakai pergi kerja hari-hari. Lepas ini, awak bolehlah jadi bodyguard saya ye. Seloroh Abqaree.

A’aah….Boleh la sesangat bos!!! Payment double, alright’s? Hari-hari saya sanggup kalau dapat makan free selalu. Tergetus ketawa kami tengahari tersebut. Kenapa perasaan aku tak tentu arah setiap kali berdua dengannya. Alahai hati, janganlah engkau buat hal, entah-entah tunang orang, tak ke bahaya nanti kena pelangkong dengan kasut tumit tinggi, ishhh…selisih malaikat 44. Desis hati ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience