Bab 14

Romance Completed 7088

Hari ini, semua di bawah riuh-rendah dengan gelak ketawa, namun hanya aku yang rasa amat terluka, dalam gembira ada duka yang terbendung rasanya. Kenapa aku beriya-iya ingin mengundur diri, akhirnya aku juga yang rasa sakit. Ya Allah engkau bantulah hambamu ini sentiasa tabah dalam menempuh dugaan yang begitu besar ini. Mudah-mudahan keputusan yang akan aku buat ini tidak akan melukai banyak hati orang aku sayang.

Aku tersedar dari lamunan, setelah mendengar suara orang yang memberi salam di luar, mungkin rombongan meminang sudah sampai. Dalam masa yang sama, tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Aku mencapainya dan rupanya mesej daripada Abqaree dan aku membukanya. Namun, tiba-tiba airmata aku bergenang di tubir mata, hati aku terasa sebak tatkala membaca mesejnya.

“Assalamualaikum kekasih hati, bakal suriku, hari ini adalah hari yang begitu gembira buat abang, kerana mama sudah bersedia untuk menerima awak dan mama turut serta dalam rombongan itu, tiada yang bahagia daripada saya melainkan menjadi tunangan awak hari ini dan tak sabar rasanya saya untuk menjadi imam kepada awak dan anak-anak kita kelak”. Bakal imammu Abqaree

Airmata yang di tahan sebentar tadi, terus mencurah-curah mengalir, tapi segera di sapu bila mendengar pintu bilik di ketuk daripada luar. Setelah pintu di kuak, muncul ibu dan di belakangnya Datin dan beberapa orang lain mungkin saudara mara Datin.

Cincin dikeluarkan dan di sarungkan ke jari manisku, aku menyalami tangan Datin dan beliau memelukku, namun dia sempat mengatakan sesuatu yang membuatkan aku tersentak. “saya rasa saya sudah jumpa mawar yang terbaik buat anak saya hari ini, walaupun ia bukan daripada kedai yang ekselusif, bukan dari baja yang mahal, dan tidak di siram hari-hari, tetapi dia tetap segar dan berkembang wangi dalam hati anak saya yang membuatkan hati kami juga bahagia bila melihat anak kami bahagia, itulah sebenarnya mawar yang saya cari, Nur”. Terima kasih Nur kerana hadir dalam hidup anak mama dan mama minta maaf pasal hari tu, sengaja mama hendak menduga sejauh mana Nur menyayangi anak mama, sekarang mama sudah mendapat jawapan tersebut, terima kasih sekali lagi Nur.”

Aku terus memeluknya dengan erat dan tangisan yang di tahan tadi mengalir jua. Mereka yang melihat aksi kami tadi terpinga-pinga, tetapi gurauan daripada kak Emma membuatkan kami tertawa. Terima kasih Ya Allah, kerna telah memudahkan jalan kami. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience