Bab 10

Romance Completed 7088

Seperti yang di janjikan, aku menunggu Abqaree di tingkat bawah dimana kereta Abqaree di letakkan. Kelihatan sudah banyak kereta pekerja-pekerja yang lain balik, sengaja aku turun lewat daripada biasa, supaya dapat mengelakkan daripada terserempak dengan budak office. Sedang aku duk mengodek telefon, tiba-tiba aku di sapa oleh Abqaree.

“Dah lama tunggu?” Tanya Abqaree.

“Baru je, dalam 10 minit macam tu?”

“Sorry la, saya tengah semak fail tadi, tu yang lewat sikit. Jom la kita, lagi pun perjalanan kita jauh nih?” Beritahunya.

“Jauh? Maksud awak? Bukan kita nak dinner dekat-dekat area ni je ke? Tanya aku dengan penuh persoalan yang tiada jawapan.

“Awak ikut je saya, tanpa banyak soal? Boleh?”

“Tapi, saya tak bagi tahu lagi ibu yang saya akan balik lewat, nanti risau pulak dia tu kat rumah?

Yang tu, awak tak payah risau, saya dah bereskan untuk awak. Petang tadi saya dah call ibu awak, minta izin nak ajak awak dinner, dia izinkan? Kalau awak tak percaya awak boleh call ibu awak sekarang?” Lancang Abqaree memberitahu.

“Ahhh!!! Biar betul awak nih? Mana awak dapat nombor ibu saya?” Tanpa menunggu jawapan daripadanya, aku terus mendail nombor ibu.

“Hello!! Assalamualaikum bu, Nur ni? Nur nak bagi tahu yang Nur balik lambat sikit malam ni?”

“Kenapa? Nak keluar makan dengan menantu ibu ke malam ni?” Petang tadi Abqaree dah telefon ibu minta izin, ibu izinkan?” asalkan tak bawa anak ibu lari kat siam sudah, jenuh ibu nak mencarinya?” Seloroh ibu, sengaja nak menyakat aku walaupun dalam telefon.

“Ada pulak ibu, cakap macam tu? tak ada lah, ada hal kerja sikit nak kena settlekan nih?”

Sengaja aku mencari alasan yang munasabah.

“Oklah, kalau macam tu, hati-hati ye, cakap kat Abqaree jangan balik lewat sangat, bawa kereta tu elok-elok dan jaga anak ibu baik-baik tau?” Ibu memberi pesanan. Aku hanya ketewa mendengar pesanan ibu sebentar tadi, terasa lucu pula mendengarnya.

“Baiklah ibu, insyaAllah, Nur sampaikan.”

“ See,? Dengan berlagaknya.

“Ibu awak, cakap apa? Tanya Abqaree.

“Ibu saya cakap, awak kena hantar saya balik awal, tak boleh lewat sangat dan hati-hati bawa kereta?” aku memberitahu Abqaree pesanan ibu sebentar tadi.

Dia hanya menggangguk faham.

Tempat yang ingin di tuju sudah sampai, segala pesanan telah di buat, namun hatinya gementar dan tercungap-cungap seperti berlari pecut 100 meter gelojak di jiwanya. Tapi dia perlu luahkan juga isi hati supaya yang dikejar tidak disambar orang. Alahai Nur, kenapa awak buat saya penasaran.Gumal hatinya.

“Kenapa, saya tengok awak gelisah je, makanan pun tak di usik, ke awak tak sihat! Kalau tak sihat jomlah kita balik, nanti melarat pulak!.” Nur membuat telahan kerana terasa pelik dengan kelakuan bosnya pada malam ni tak macam hari-hari lain. Terasa tak sedapa je hati aku malam ni, berdebar pun ada juga. Desis Nur dalam hatinya.

“Saya okay lah, tak sakit pun, mungkin tempat ni, berangin sikit, tu rasa sejuk menusuk ke tulang kering saya nih? Rasa gelabah membuatkan dia mencipta alasan, sorry Nur. Gumannya dalam hati.

“Errr…errr….yang sebenarnya saya ada hal penting nak bagi tahu awak.” Abqareemenyusun ayat.

“Okay, saya faham, apa yang penting sangat.” Soal Nur.

“Yang sebenarnya…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience