Bab 11

Romance Completed 7088

‘’Yang sebenarnya dan dengan hati tulus yang ikhlas saya sukakan awak Nur, saya sayang dan cintakan awak daripada hari pertama saya jumpa awak semasa sesi temuduga lagi, hati saya berdebar-debar bila melihat awak buat pertama kali, tetapi saya buang jauh-jauh rasa itu, mungkin mainan perasaan, tetapi perasaan itu tak hilang, tetapi semakin bertambah rasa sayang dan rindu ini. Saya tak pandai untuk bermain kata-kata manis tapi saya pasti dengan niat saya yang satu ini tanpa ada rasa ragu-ragu. Dan malam ini, saya Abqaree ingin melamar awak Nur’ Ain Syahirah binti Abdullah menjadi suri hati dan juga peneman hidup yang halal bagi saya dan biarkan saya menjadi Imam untuk awak. Saya tak kisah tentang asal usul dan latar belakang awak Nur sebab saya boleh menerima awak seadanya sebab bagi saya awak tiada cacat cela dan begitu sempurna di mata saya. Percayalah, saya akan membahagiakan awak selamanya. Itu janji saya untuk saling berkongsi kasih dengan awak dan awaklah yang akan melengkapkan hidup saya dan mengisi kekosongan saya di sini di hati saya.”

Aku tergamam dengan tindakan drastik Abqaree yang memberanikan diri meluahkan perasaannya di kawasan terbuka, lebih-lebih lagi di hadapan orang ramai yang datang ke Restoran pada malam itu. Tanpa segan silu airmata ku mencurah-curah mengalir umpama air terjun yang begitu deras mengalir dari jenuram. Tiada kata yang terucap hanya anggukkan sahaja yang mengiyakan apa yang terjadi dalam hidupku dalam beberapa saat seketika tadi. Bunyi tepukan yang gemuruh daripada mereka yang menyaksikan lamaran tersebut membuatkan aku tersedar. Alahai malunya, malu tapi mahu.

Syukur, Alhamdulillah ya Allah, kau utuskan seorang peneman untuk aku yang dapat melengkapkan hidup aku dan makbulkan doa ibu yang menginginkan aku memperoleh peneman hidup yang dapat bersama-sama menuju ke jalan Allah di dunia dan di akhirat dan moga pilihanmu ini akan membahagiakan kami hingga ke jannah. Ya, aku mengiyakan kata-kata ini, ‘Fall in love with Allah first & he will give you the right person that you deserves in the right time’. Dan akhirnya aku bertemu juga dengan imamku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience