BAB 19

Romance Completed 493

Tok! Tok! Tok!

"Assalammualaikum! Boleh Haz masuk?”

Bunyi ketukan pintu wad bersama suara gerangan yang sudah sebulan tidak ditemuinya berjaya membuat dia mendongak memandang gerangan tersebut. Matanya masih mengalirkan air mata. Hazril menghampiri katil bersama dua inspektor polis. Fazrina dan Qai terpinga-pinga memandang pengawai polis itu.

"Wasalam.. masuklah. Ada apa ni Haz?”

Qai bertanya dengan kerutan didahi.

"Macam ni encik Qai kan? Kami ingin memberitahu bahawa suspek yang cuba melakukan percubaan bunuh terhadap encik dan ibubapa encik sudah ditangkap dan ditahan di penjara. Tapi encik jangan risau encik Hazril sudah menguruskan segala hal. Jadi encik hanya perlu berehat.”

Terang inspektor yang memakai nametag Kamarul.

"Maksud tuan? Syafiq Reykal?”

Soal Qai. Fazrina sudah berdebar-debar. Benarkah?

"Ya encik. Syafiq Reykal dan ayahnya Dato' Syamsul.”

"Alhamdulilah. Terima kasih tuan. Terima kasih sangat-sangat. Maksudnya semua ini sudah selesai. Kami dah boleh hidup aman?”

"Ye encik. Encik sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada encik Hazril. Encik Hazril yang memberi bukti-bukti yang kukuh. Yang membolehkan kami menangkapnya seminggu yang lalu.”

Ujar Inspektor Nordin pula sambil menepuk mesra bahu Hazril. Hazril tersenyum manis. Manakala Fazrina sudah teresak-esak kembali. Tak dia sangka orang yang dia salahkan rupanya hero bagi keluarganya. Ya Allah! Qai memujuk-mujuk adiknya agar tenang.

"Terima kasih Haz. Abang tak tau macam mana nak balas jasa kau. Terima kasih sangat-sangat.”

Ujar Qai dengan senyuman yang melebar.

"Sama-sama abang Qai. Tak de hallah. Haz cuma membantu apa yang termampu. Tak perlu dibalas pun. Tapi kalau nak balas jugak, belanjalah
minum sekopi. Hehe."

Ujarnya selamba. Qai dan dua inspektor itu tergelak dengan gurauannya.

"Baiklah encik Qai,encik Hazril dan cik..”

Ujar inspektor Kamarul sambil menunding jari kearah Fazrina yang menunduk sedari tadi.

"Rina..”

Jawab Qai. Tangannya masih mengusap bahu adiknya itu.

"Hah.. cik Rina. Kami berdua minta diri dulu. Kalau ada apa-apa hal bolehlah telefon kami. Yee..”

Ujarnya sambil menghulurkan sekeping kad.

"Baiklah. Terima kasih ye tuan.”

Qai menyambut huluran itu.

"Sama-sama. Kami minta diri dulu. Assalammualaikum.”

Mereka bersalaman sebelum berlalu.

"Waalaikumsalam.”

Jawab Qai dan Hazril. Fazrina hanya menjawab didalam hati. Dia masih melayang hatinya yang lara. Qai dan Hazril saling berpandangan. Mereka melihat sayu kearah Fazrina. Kasihan Fazrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience