Setelah selesai mengambil makanan, kami berdua duduk dimeja yang tersedia.
"Hmm.. Rina baru habis graduatekan? Ambil kos yang melibatkan bisnes jugak ke?"
Tanya Hazril setelah selesai makan. Aku menghabiskan suapan terakhirku sebelum menjawab soalannya.
"Ha’ah untuk dua-dua soalan."
Jawabku selamba. Hazril tergelak kecil.
"Haha.. Rina ni comellah."
"Hah! Jangan lebih-lebih. Aku ni tunang orang tau."
Ujarku masih dengan intonasi yang sama. Selamba.
"Opps lupa! Maafkan patik tuan hamba. Tapi kita masih boleh berkawankan?"
"Haha.. semestinya. Kita kawan!"
"So kawan mestilah bercerita sedikit tentang diri masing-masingkan?"
"Hmm.. so?”
"So... Rina citelah sikit tentang tunang Rina?”
"Nak cite apa? Yang pasti tunang aku lelaki.”
"Haih kau nikan! Aku sekeh jugak nanti. Taulah lelaki. Maksud aku siapa? Macam mana boleh bertunang?”
Aku tergelak melihat muka tak puas hatinya. Hah sekarang baru aku rasa tak kekok berbual dengannya.
"Hmm.. nama dia Azwan Ali.”
"Hah Azwan Ali!" Terkejut dia.
"Haha.. takdelah!Aku gurau je. Peace!"
Ujarku sambil membuat peace.
"Kau nikan! Memang nak makan penyekeh betul-betulkan?”
"Hah! Penyekeh boleh makan ke? Cuba suap sikit?”
Aku masih ingin bermain-main. Seronok tengok muka tak puas hatinya. Mencuit hatiku.
'Hey! Rina ingat sikit kau tu tunang orang'
Getus hatinya yang selalu kacau daun.
"Hah.. ambik ni..”
"Ok-ok aku gurau je. Ok kita mulanya?”
Ujarku cepat-cepat setelah melihat Hazril seperti betul-betul ingin memasukkan tangannya kedalam mulutku.
"Tau takut..!!"
Ujarnya mencebir bibir.
"Ok. Nama tunang aku Syafiq Reykal. Panggilan manja dia Fiq. Kitaorang mula kenal bila dia datang rumah papa yakni rumah aku untuk mintak tandatangan untuk syarikat. Dari situ kami mula berkenalan. Dan lama lepas itu dia datang bersama rombongan meminangnya. Dan kami pun bertunang. Tamat.”
Ujarku menarik tirai penutup.
"So lebih kurang macam cinta pandang pertamalah ni?”
"Ha.. ah lebih kuranglah.”aku terangguk-angguk.
"Dia kerja dekat syarikat arwah papa kaulah ni?”
"Ha. ah. Tapi sekarang dia dah ada syarikat sendiri. Dah tak kerja dengan kiteorang. Katanya demi masa depan kami berdua. So dia mulakan perniagaan sendiri. Sejak aku berunur 19 tahun,kami bertunang sampai sekarang. Masih belum kahwin.”
"Oh dah lamalah. Mudanya kau bertunang. Dah tu kenapa tak kahwin-kahwin lagi. Nak jadi andartu ke?”
Ujarnya dengan kening diangkat-angkat. 'Nak kena siku gamatnya mamat ni.'
Monologku.
"Kau memang nak kena dengan akukan! Entah aku pun tak tau macam mana aku boleh terima untuk jadi tunang dia seawal usia itu. Pelikkan! Mungkin dah jodoh. Pasal tak kawin lagi tu.. bukan sebab aku nak jadi andartu!! Tapi sebab dia minta beri dia masa. Aku ok jelah. Maklumlah dah sayangkan.”
Aku menyedut air orenku yang tinggal sedikit. Hazril membuat gaya nak muntah dengar ayat terakhir aku. Haha.
"Oh entah-entah kau dah kena sihir dengan dia. Sebab tu senang je terimadan ikut cakap dia. haha.”
Ujarnya selamba.
"Kau memang nak kenakan!"
Hampir sahaja gelasku mengenai kepalanya. Tapi ada tangan sasa yang memenggang lenganku dari terus bergerak. Jadi patung sekejap aku.
"Haih Rina.. Rina. Bila nak berubah ni. Cuba lah buang sifat nak pukul orang tu.” Bebel abangku. Haih abang ni! Kacau jelah.
"Mana de bang. Hazni yang mulakan dulu.”
Aku bersungguh-sungguh menjelaskan. Tapi hampeh.
"Alahh.. Tak kiralah sape mula dulu. Dah kalau Rina tak reti bersabar tetap jugak macam tu.”
Abang aku menarik gelas yang berada di tanganku dan meletakkannya diatas meja. Tanganku dilepaskan. Aku menjeling Hazril yang membuat thumb up kepadaku plus senyum kambing dia tu.
"Dah Hazkau pun sama. Dengan budak kecik pun nak cari pasal.”
Aku menjelir lidah kepada Hazril. 'Padam muka'. Hazril hanya menggarukan kepaanya yang tak gatal.
Share this novel